Cara masak ikan rebus simple ini mungkin sedikit berbeza daripada kebiasaan kerana hanya menggunakan setengah cawan air sahaja. Menariknya, cara yang dikongsikan seorang wanita ini dikatakan menghasilkan ikan rebus yang cukup sedap.

Menerusi perkongsian Noor Hafiza Mohamad di Facebook, beliau turut menggunakan bahan mudah seperti lengkuas, asam keping, nisan dan cuka. Malah, selepas mencuba resipi ini, beliau mengakui tidak mahu lagi merebus ikan menggunakan cara biasa.

Baca juga: Rebus Tulang Cepat Empuk, Lelaki Ini Kongsi Teknik Mudah Guna Periuk Biasa Je Di Rumah!

CARA MASAK IKAN REBUS SIMPLE, GUNA SETENGAH CAWAN AIR SAJA!

cara masak ikan rebus simple

Resipi ini sesuai dicuba bagi yang gemarkan lauk ikan rebus dengan gabungan rasa masam, masin dan sedikit manis. Bahan-bahannya juga ringkas dan mudah didapati di dapur.

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Bersihkan ikan terlebih dahulu dan susun di dalam periuk.

2. Masukkan lengkuas, asam keping, garam kasar, nisan dan serbuk perasa.

3. Tambahkan cuka mengikut kesesuaian rasa.

4. Tuangkan setengah cawan air ke dalam periuk.

5. Masak sehingga ikan masak sepenuhnya dan bahan perasa meresap ke dalam ikan.

6. Periksa rasa dan sesuaikan perasa jika perlu sebelum dihidangkan.

Nota: Sukatan bahan dan tempoh memasak boleh disesuaikan mengikut jenis serta kuantiti ikan yang digunakan.

Mudah sahaja, bukan? Kalau selama ini biasa merebus ikan dengan air yang banyak, bolehlah cuba cara ini untuk menikmati kelainan lauk ikan rebus di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Hafiza Mohamad

Baca juga: Nak Rebus Kaki Ayam Cepat Lembut? Cuba Tip 20 Minit Ini, Tak Perlu Tunggu Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending