Majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq atau BASS menarik perhatian ramai, bukan sahaja kerana kemeriahannya, malah pencuci mulut yang dihidangkan kepada tetamu turut mencuri perhatian. Ramai tetamu dikatakan terpegun dengan keenakan dessert coconut panna cotta yang disajikan.

Salah seorang tetamu, Azirah Alyanie, turut tertarik dengan pencuci mulut tersebut sehingga mengambil keputusan untuk membuatnya semula apabila pulang ke rumah.

Gabungan tekstur lembut dan berkrim dengan rasa lemak santan serta sos mangga yang menyegarkan menjadikan coconut panna cotta ini nampak menyelerakan. Kalau teringin nak mencubanya sendiri, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh beliau di bawah.

Baca juga: Roti Nak Expired Jangan Terus Buang! Buat Puding Roti Coklat Cip Guna Air Fryer, Lembut Berkrim!

RESIPI COCONUT PANNA COTTA

coconut panna cotta

Bahan-bahan:

  • 250 ml dairy whipping cream tanpa gula
  • 200 ml santan
  • 50 ml susu segar
  • 45 g gula
  • 5 g serbuk gelatin halal
  • 25 ml air sejuk
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
  • Kelapa tua

Bahan topping:

  • Buah mangga
  • Nata de coco
  • Buah mangga (dipotong dadu)
  • Buah-buahan lain yang disukai
  • Ros kering

Cara-cara penyediaan:

  1. Cuci bersih kulit kelapa tua sebelum membelahnya kepada dua bahagian. Ketepikan untuk digunakan sebagai bekas hidangan.
  2. Dalam periuk, satukan whipping cream, susu segar dan santan. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan gula dan secubit garam, kemudian kacau sehingga larut.
  4. Masukkan esen vanila dan serbuk gelatin yang telah disediakan bersama air sejuk. Kacau sehingga sebati.
  5. Panaskan adunan sehingga mendidih sambil dikacau perlahan, kemudian tutup api.
  6. Tuangkan adunan panna cotta ke dalam tempurung kelapa dengan berhati-hati.
  7. Untuk menyediakan sos mangga, kisar buah mangga bersama sedikit air sehingga halus. Tambahkan gula secukupnya mengikut kemanisan buah.
  8. Tuangkan sos mangga ke atas adunan panna cotta.
  9. Hiaskan dengan potongan mangga dadu dan nata de coco. Tambahkan buah-buahan lain jika suka.
  10. Akhir sekali, taburkan sedikit ros kering sebagai hiasan.
  11. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga panna cotta mengeras dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi dan gambar: Thread @azirahalyanie

Baca juga: Resipi Bingka Jagung Sukatan Cawan, Bakar Sampai Atasnya Garing Keemasan Barulah Sempurna!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending