Resepi bingka jagung bakar ini sesuai dicuba bagi yang suka kuih tradisional dengan rasa lemak manis. Gabungan jagung segar, santan dan sedikit kordial jagung menghasilkan kuih yang harum dengan warna kuning yang menarik.
Cara penyediaannya juga tidak susah kerana semua bahan hanya perlu disatukan sebelum dikisar bersama jagung. Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga bahagian atasnya kelihatan garing serta keemasan.
Kalau suka kuih yang boleh dinikmati bersama keluarga pada waktu petang, resepi bingka jagung ini memang boleh masuk dalam senarai untuk dicuba. Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong supaya bentuknya lebih kemas dan tidak mudah pecah.
Baca juga: Resepi Bingka Kelapa, Tekstur Kenyal Dengan Bahagian Luar Garing Memang Sedap!
RESEPI BINGKA JAGUNG

Bahan-bahan:
- 2 tongkol jagung segar
- 3 biji telur
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 500 ml air
- 1 cawan santan
- 2 sudu besar marjerin
- 3 sudu besar kordial jagung
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning
- Sedikit minyak untuk mengoles loyang
Cara-cara penyediaan:
- Sagat atau hiris halus jagung dan ketepikan terlebih dahulu.
- Masukkan telur, gula, tepung gandum, air, santan, marjerin, kordial jagung, garam dan pewarna kuning ke dalam bekas.
- Gaul semua bahan menggunakan spatula sehingga sebati.
- Pindahkan adunan ke dalam pengisar, kemudian masukkan jagung yang telah disagat tadi.
- Kisar sehingga semua bahan bercampur rata.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.
- Oles loyang bersaiz 6 inci dengan sedikit minyak dan lapik dengan kertas pembakar.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga bahagian atasnya kelihatan garing serta berwarna keemasan.
- Tukar kepada api bawah dan bakar selama 15 minit lagi atau sehingga kuih masak sepenuhnya.
- Setelah masak, keluarkan bingka jagung dari ketuhar dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Siap! Bingka jagung bakar sedia untuk dinikmati bersama keluarga. Potong mengikut saiz yang disukai dan hidangkan sebagai juadah minum petang.
Sumber: Iedaa Jahaya
Baca juga: Resipi Bingka Pandan Bijan Guna Formula ‘1232’, Petua Mudah Nak Ingat Sukatan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

