Kalau dah selalu buat bihun goreng merah, sekali-sekala boleh cuba pula bihun goreng kicap yang warnanya lebih gelap dan rasanya pedas menyengat. Lagi banyak cili api yang digunakan, lagi terasa ‘kick’ bila makan.

Bihun ini sesuai dijadikan menu sarapan atau makan bila-bila masa. Rasanya cukup berperisa dengan gabungan kicap, cili api dan lada hitam, malah boleh dimakan berulang kali tanpa cepat jemu.

Cara membuatnya pun tidak rumit kerana menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur. Cuma satu perkara penting, selepas bihun dimasukkan ke dalam kuali, kecilkan api dan biarkan ia masak perlahan-lahan sehingga lembut dan menyerap rasa.

Baca juga: Resipi Sambal Burger Malaysia Yang Melimpah-Limpah, Tengok Pun Dah Buat Terliur!

RESIPI BIHUN GORENG KICAP PEDAS

bihun goreng kicap

Bahan-bahan:

  • Bihun
  • Tauge
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api (dikisar kasar)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Kicap manis
  • Kicap karamel
  • Sos tiram original
  • Kiub ikan bilis
  • Lada hitam
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam bihun dengan air paip sekejap sehingga lembut dan mudah dilerai. Jangan rendam terlalu lama supaya bihun tidak menjadi terlalu lembik.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api yang telah dikisar kasar sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang merah yang dihiris dan tumis sehingga layu.
  4. Masukkan kicap manis, kicap karamel dan sos tiram. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  5. Masukkan kiub ikan bilis dan lada hitam. Gaul rata.
  6. Masukkan bihun yang telah direndam dan dilerai. Gaulkan sehingga semua bihun bersalut dengan bahan tumis dan kicap.
  7. Kecilkan api dan masak bihun perlahan-lahan sehingga lembut. Kacau sesekali supaya bihun masak sekata dan tidak mudah melekat.
  8. Sementara itu, tauge dimakan berasingan supaya masih rangup dan mihun boleh tahan lama.
  9. Hidangkan bihun bersama tauge dan nikmati ketika masih panas.

Sumber: Azlinda Mohamad

Baca juga: Resipi Tempe Mendoan Bersalut Tepung Berempah, Sekeping Tak Cukup Bila Cicah Sos Ini!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending