Aiskrim coklat krim ini sesuai untuk anda yang menggemari pencuci mulut yang manis, lembut dan menyelerakan. Mudah dibuat dengan beberapa bahan sahaja, ia juga nampak menarik dengan lapisan coklat di bahagian luar.

Gabungan coklat yang manis dengan krim berlemak menghasilkan rasa yang lemak, manis dan menyelerakan. Lapisan coklat di luar pula memberikan sedikit kerangupan sebelum menikmati bahagian dalam yang lembut dan gebu.

Hanya perlu sejukkan selama 3–4 jam sebelum dinikmati dan sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut atau kudapan ketika waktu santai bersama keluarga.

Baca juga: Rahsia Aiskrim Malaysia Gebu & Cantik, Rupanya Tips Kena Susun Jarak-Jarak Macam INI!

AISKRIM COKLAT KRIM

Bahan-bahan:

  • 100g coklat cip atau coklat bar
  • 150ml heavy cream
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil serbuk kopi
  • 4–5 plastik aiskrim
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan coklat cip atau coklat bar ke dalam plastik aiskrim.
  2. Sediakan air panas dan rendam bahagian plastik yang berisi coklat ke dalam air. Biarkan sehingga coklat cair sepenuhnya.
  3. Keluarkan plastik daripada air panas, kemudian ratakan coklat cair sehingga menutupi bahagian dalam plastik.
  4. Dalam jug penyukat, masukkan heavy cream, serbuk kopi dan susu pekat. Gaul sehingga sebati, kemudian tuangkan campuran tersebut ke dalam plastik aiskrim yang telah disaluti coklat.
  5. Simpan di dalam peti sejuk selama 3–4 jam atau sehingga mengeras. Siap untuk dinikmati!

Sumber: TikTok @joshhernst

Baca juga: Tiba-Tiba Rindu Zaman Sekolah, Aiskrim Malaysia Asam Boi Ini Memang Tak Boleh Lupa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending