Cara buat bebola ayam keju cottage Hailey Bieber yang viral dan sering diikuti oleh influencer-influencer di luar sana. Menu ini bukan sahaja mudah dibuat, malah menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan sesuai untuk anda yang sedang mencari menu tinggi protein.
Bebola ayam ini mempunyai tekstur yang lembut dan juicy hasil daripada penggunaan cottage cheese, manakala tepung badam pula menjadikannya pilihan yang lebih rendah karbohidrat. Ditambah pula dengan sos marinara, Parmesan dan daun basil segar, memang cukup lengkap dan menyelerakan.
Menariknya, bebola ini boleh disediakan dengan mudah menggunakan air fryer dan hanya mengambil masa sekitar 10 hingga 12 minit untuk dimasak. Sesuai sangat dijadikan menu makan tengah hari, makan malam ataupun sebagai hidangan ringkas untuk yang sedang menjaga pemakanan.
Baca juga: Resipi Bebola Ayam Bolognese Bersama Keju, Hidang Panas-Panas Lagi Berselera Nak Makan!
Cara Buat Bebola Ayam Keju Cottage
Bahan-bahan:
- 1 lb (±450g) isi ayam kisar
- 1 biji telur
- ¾ cawan tepung badam
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- ¾ cawan cottage cheese, ditos/ditekan keluar air
- 1 sudu kecil serbuk bawang
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil oregano kering
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
Untuk topping:
- Sos marinara/tomato secukupnya
- Cottage cheese
- Keju parmesan
- Daun basil
Cara-cara membuat:
- Campurkan bahan
Masukkan ayam kisar, telur, tepung badam, bawang putih, cottage cheese, onion flakes, chili flakes dan oregano kering ke dalam mangkuk. - Perasakan
Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul semua bahan sehingga sebati dan menjadi adunan yang mudah dibentuk. - Bentuk bebola ayam
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola kecil. Ulang sehingga semua adunan habis. - Masak dalam air fryer
Susun chicken meatballs di dalam bakul air fryer dengan sedikit jarak antara satu sama lain. Masak pada suhu 400°F (±200°C) selama 10–12 minit, atau sehingga masak sepenuhnya dan berwarna keemasan. - Tambah topping
Setelah masak, hidangkan bersama sos marinara, sedikit cottage cheese, Parmesan dan daun basil segar.
Tip lebihan:
Jika mahu meatballs lebih lembut dan juicy, jangan terlalu padat ketika membentuk bebola. Cottage cheese juga membantu memberikan tekstur yang lebih lembut sambil menambahkan protein.
Sumber: @christinaaa.thornton
Baca juga: Bebola Ayam Homemade Yang Sihat Dan Lazat, Anak-Anak Pasti Suka!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

