Resepi toast blueberry custard yang mudah, sedap dan nampak menarik ini wajib cuba jika anda peminat roti. Gabungan roti wholemeal, kastard berkrim dan blueberry yang sedikit cair selepas dibakar memang sesuai untuk sarapan atau minum petang.
Menariknya, roti ini tak perlu digoreng dalam minyak. Hanya sediakan adunan kastard , susun atas roti dan masukkan ke dalam air fryer. Bahagian tepi roti akan jadi lebih rangup dan rapuh, manakala bahagian tengah pula lembut dengan kastard yang berkrim.
Adunan ini boleh menghasilkan kira-kira 3 hingga 4 keping toast, bergantung pada saiz roti. Kalau tiada blueberry, boleh juga gantikan dengan strawberry atau buah pilihan lain yang disukai.
Baca juga: Resipi Roti Bun Sosej Kayangan, Sekali Buat Terus Jadi Menu ‘Favourite’ Anak-Anak
RESEPI TOAST BLUEBERRY CUSTARD
Bahan-bahan:
- 3-4 keping roti wholemeal
- 2 biji telur
- ½ cawan susu segar
- 1 cawan yogurt plain
- 1 sudu serbuk kayu manis
- Sedikit esen vanila
- Blueberry secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan telur, susu segar, yogurt plain, serbuk kayu manis dan esen vanila ke dalam mangkuk.
- Kacau semua bahan sehingga sebati dan menjadi adunan kastard.
- Ambil dua keping roti dan tekan bahagian tengah menggunakan belakang sudu. Tinggalkan bahagian tepi supaya terbentuk seperti bingkai.
- Tuangkan adunan kastard ke bahagian tengah roti yang telah ditekan tadi. Jangan terlalu penuh supaya adunan tidak melimpah ketika dibakar.
- Susun blueberry di atas kastard mengikut cita rasa.
- Masukkan roti ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 160°C selama 25 minit.
- Apabila blueberry mula pecah dan mengeluarkan jusnya serta bahagian tepi roti kelihatan rangup, toast sudah boleh dikeluarkan.
- Biarkan seketika sebelum dihidangkan. Sedap dinikmati ketika masih suam!
Sumber: Syaz Jannah
Baca juga: Resipi Roti Bun Burger Inti Ayam ‘Creamy’ Berkeju, Dari Menu Biasa Jadi Luar Biasa Sedapnya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

