roti bun

Siapa sangka, roti bun burger biasa boleh bertukar menjadi hidangan yang nampak premium dan mengenyangkan. Dengan inti ayam berkrim, keju yang meleleh serta roti yang dibakar hingga rangup di luar, memang susah nak berhenti makan.

Resipi ini juga sangat sesuai dijadikan menu sarapan, minum petang atau makan malam ringkas. Tak perlu buat doh atau pastri, cuma gunakan roti burger yang sedia ada di rumah. Lagi mudah kalau ada lebihan roti burger yang hampir tamat tempoh, boleh terus diolah menjadi hidangan yang lebih menarik.

Selepeas dimasak, bahagian atas keju akan bertukar keemasan dan sedikit garing, manakala inti ayam di dalamnya kekal lembut, creamy dan penuh rasa. Memang sesuai dihidangkan panas-panas ketika keju masih meleleh.

Baca juga: Tak Perlu Oven! Ini Cara Buat Pizza Simple Guna Roti Keping Yang ‘Mewah’ Topping

RESIPI ROTI BUN BURGER INTI AYAM BERKEJU

roti bun

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam (dihiris nipis)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 1/4 cawan cili benggala merah (dipotong dadu)
  • 1/4 cawan cili benggala hijau (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu teh paprika pedas
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 1/2 cawan krim masakan
  • 1/2 cawan susu segar
  • Roti burger secukupnya
  • Keju cheddar secukupnya
  • Keju mozzarella parut secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis hirisan dada ayam sehingga berubah warna dan hampir masak.
  2. Masukkan bawang besar, cili benggala merah, cili benggala hijau serta bawang putih. Tumis sehingga sayur sedikit lembut dan naik bau.
  3. Perasakan dengan paprika pedas, garam dan lada hitam. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  4. Tuangkan krim masakan dan susu, kemudian biarkan mendidih perlahan. Masak sehingga kuah sedikit pekat tetapi masih berkrim. Jangan terlalu lama sehingga kuah menjadi terlalu kering.
  5. Belah roti burger kepada dua bahagian dan keluarkan sedikit bahagian tengah roti supaya terbentuk ruang untuk inti.
  6. Letakkan sekeping atau sedikit keju cheddar di bahagian dasar roti.
  7. Sudukan inti ayam berkrim ke dalam roti sehingga penuh.
  8. Taburkan keju mozzarella di atas inti.
  9. Bakar menggunakan fungsi api atas (grill) dalam oven atau masak menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 5 hingga 8 minit atau sehingga keju cair dan permukaannya bertukar keemasan.
  10. Angkat dan hidangkan ketika masih panas untuk menikmati tekstur keju yang meleleh.

Sumber: Thread

Baca juga: Resipi Roti Keju Mentega Guna 4 Bahan Mudah, Tekstur Luar Rangup & Berkaramel!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN