roti bun sosej

Kalau anak-anak dah mula bosan dengan menu sarapan yang sama, cuba pula buat roti bun sosej ini. Nampak macam biasa-biasa, tapi bila dah lengkap dengan sos homemade dan mayonis, terus bertukar jadi roti bun sosej kayangan!

Menariknya, resipi ini tak perlukan banyak bahan atau langkah yang rumit. Roti ban panjang dan sosej hanya perlu dikukus, manakala sosnya pula dibuat dengan menumis beberapa bahan sehingga sebati.

Bila semuanya dah siap, letakkan sosej di dalam roti, curahkan sos di atasnya dan picitkan sedikit mayonis. Siap! Ringkas, sedap dan memang sesuai dijadikan sarapan pagi untuk seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Roti Golok Kelantan Homemade, Lembut, Gebu & Manis Bermentega Macam Beli Di Kedai!

RESIPI ROTI BUN SOSEJ KAYANGAN

roti bun sosej

Bahan-bahan:

  • Roti ban panjang
  • Sosej
  • Bawang merah, bawang holland atau bawang besar
  • Lobak merah
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Lada hitam (dikisar kasar)
  • Mayonis

Cara-cara penyediaan:

  1. Belah roti ban panjang di bahagian tengah, tetapi jangan sampai terputus.
  2. Kukus roti dan sosej terlebih dahulu sehingga panas dan lembut.
  3. Sementara itu, sediakan sos. Hiris atau cincang bawang dan lobak merah.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang dan lobak merah sehingga agak layu dan masak.
  5. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
  6. Kemudian masukkan lada hitam yang dikisar kasar. Kacau dan tumis sehingga sos sebati serta masak.
  7. Angkat roti dan sosej yang telah dikukus.
  8. Masukkan sosej ke dalam bahagian roti yang telah dibelah tadi.
  9. Tuangkan sos homemade di atas sosej.
  10. Akhir sekali, letakkan mayonis secukupnya untuk menambahkan lagi rasa.
  11. Siap! Roti bun sosej kayangan ini boleh terus dinikmati ketika masih panas.

Sumber: Mawar Berduri

Baca juga: Resipi Roti Bun Burger Inti Ayam ‘Creamy’ Berkeju, Dari Menu Biasa Jadi Luar Biasa Sedapnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN