
Cara membuat tauhu berlauk sebenarnya tak susah dan boleh dibuat dalam kuantiti banyak untuk stok di rumah. Tauhu yang dicampur dengan isi ayam, sayur-sayuran dan telur ini dikukus terlebih dahulu sebelum digoreng hingga keperangan.
Menariknya, tauhu berlauk ini sesuai sangat dibuat banyak-banyak. Selepas dikukus dan disejukkan, boleh potong mengikut saiz yang diingini dan simpan sebagai stok frozen. Bila terasa nak makan, keluarkan dan terus goreng.
Lagi sedap kalau dimakan panas-panas bersama sambal kicap yang pedas, manis dan cukup menyengat. Kalau ada anak-anak di rumah, boleh juga buat saiz kecil supaya senang dimakan sebagai sarapan atau kudapan.
Baca juga: Resipi Tauhu Goreng Suun, Menu Simple & Sedap Ini Confirm Nak ‘Repeat’ Hari-Hari!
CARA MEMBUAT TAUHU BERLAUK GORENG RANGUP

Bahan kisar:
- 3 keping tauhu petak biasa
- 3 batang tauhu telur
- 1 paket tauhu lembut
- 3 biji telur
- 1 ketul kiub pati ayam
Bahan isi:
- 1 mangkuk isi ayam
- 3 tangkai daun bawang (dihiris)
- 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
- 1 biji lobak merah (disagat dan dihiris halus)
- 1 paket cendawan butang (dihiris nipis)
- 2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
Bahan untuk menggoreng:
- 1 biji telur
- Minyak secukupnya
- Bahan sambal kicap
- 10 biji cili padi, boleh tambah jika suka lebih pedas
- 4 ulas bawang putih
- Kicap manis secukupnya
Cara membuat tauhu berlauk:
- Masukkan tauhu petak, tauhu telur, tauhu lembut, telur dan kiub pati ayam ke dalam pengisar.
- Kisar semua bahan sehingga lumat dan sebati.
- Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas besar.
- Masukkan isi ayam, daun bawang, bawang holland, lobak merah dan cendawan butang.
- Tambahkan serbuk lada putih, serbuk lada hitam, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai untuk dikukus.
- Kukus selama kira-kira 15 hingga 28 minit atau sehingga tauhu berlauk masak dan set. Masa mengukus mungkin berbeza mengikut saiz dan ketebalan adunan.
- Setelah masak, keluarkan dan biarkan sehingga sejuk sepenuhnya. Potong kecil mengikut saiz yang diingini.
- Untuk menggoreng, pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan pukul sedikit.
- Celupkan setiap keping tauhu berlauk ke dalam telur.
- Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana sehingga bahagian luar berwarna perang keemasan. Angkat dan toskan.
- Hidangkan tauhu berlauk panas-panas bersama sambal kicap.
Cara buat sambal kicap:
- Goreng cili padi dan bawang putih sehingga layu.
- Masukkan kedua-duanya ke dalam pengisar dan kisar bersama kicap manis. Tambahkan kicap mengikut tahap kepekatan dan rasa yang diingini.
- Tuangkan ke dalam bekas dan sambal kicap siap untuk dihidangkan bersama tauhu berlauk.
Sumber: Aisya Humaira
Baca juga: Sup Sayur Tauhu Telur Simple, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Tapi Suka Makan Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














