
Setiap kali pergi kedai ke nasi kandar, memang wajib ambil ayam bawang. Sebenarnya kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah, sangat mudah disediakan tetapi penuh dengan rasa.
Ayam dilumur dengan serbuk kunyit serta garam, kemudian digoreng sehingga garing. Kemudian dimasak dalam kuah pekat kaya dengan rasa bawang, halia, daun kari dan bahan-bahan lain yang menghasilkan rasa yang manis, berempah dan sedikit masam.
Jadi, jika anda mencari idea lauk ayam yang tidak membosankan, resipi ayam bawang ini boleh dicuba. Kuahnya yang melekat pada ayam bersama taburan bawang goreng di akhir masakan memang menaikkan selera seisi keluarga.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Daun Kari Yang Wangi & Crispy, Guna 4 Bahan Saja Dah Sedap Menjilat Jari!
RESEPI AYAM BAWANG ALA MAMAK

Bahan-bahan:
- Ayam (dipotong kecil)
- Garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
- Bawang besar (dihiris)
- Bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis:
- 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
- Daun kari
- Halia
- Bawang kisar
Bahan rempah:
- Serbuk cili secukupnya
- Serbuk kari secukupnya
- Serbuk jintan secukupnya
Bahan perasa:
- Sos tiram atau sos tomato
- Kicap manis (jika suka)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit sehingga rata. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
- Dalam kuali sama, goreng hirisan bawang besar sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan untuk digunakan kemudian.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan 4 sekawan bersama daun kari, halia serta bawang kisar sehingga naik bau dan garing.
- Masukkan serbuk cili dan serbuk kari. Tumis sehingga rempah masak dan minyak mula pecah.
- Tambahkan sos tiram atau sos tomato, serbuk jintan, garam dan gula secukup rasa. Jika mahu rasa lebih manis dan berkilat, boleh masukkan sedikit kicap manis.
- Masukkan ayam goreng separuh masak tadi dan gaul sehingga sebati bersama kuah rempah.
- Tambahkan sedikit air jika mahukan lebih kuah. Masak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
- Akhir sekali, masukkan bawang goreng serta hirisan bawang besar yang telah digoreng tadi. Gaul sekejap dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Rahayu Husin
Baca juga: Resipi Ayam Panggang Air Fryer Guna Bahan Perapan Ringkas, Sekali Cuba Confirm Nak Buat Lagi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














