resipi kulit karipap

Resipi kulit karipap ini wajib dicuba jika nak buat karipap sendiri di rumah. Dengan hanya beberapa bahan asas, anda boleh menghasilkan doh yang lembut, mudah dicanai dan tidak mudah koyak. Bila digoreng pula, hasilnya rangup di luar tetapi masih sedap dimakan walaupun selepas sejuk.

Resipi ini juga sangat sesuai untuk mereka yang berniaga atau suka menyediakan stok makanan sejuk beku di rumah. Ikut sukatan dan cara penyediaan yang betul, kulit karipap akan jadi cantik, mudah dibentuk serta kekal rangup selepas digoreng.

Baca juga: Resipi Donut Ball Tanpa Yis & Tak Uli, Guna 2 Bahan Dah Boleh Dapat Kudapan Gebu & Sedap!

RESIPI KULIT KARIPAP

resipi kulit karipap

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum (cap sauh atau tepung gandum biasa)
  • 4 sudu besar marjerin
  • 200 ml minyak masak (lebih kurang 1 cawan kecil)
  • 400 ml air sejuk

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan marjerin bersama minyak masak sehingga marjerin cair sepenuhnya.
  2. Curahkan campuran minyak panas ke dalam tepung gandum.
  3. Gaul dan ramas menggunakan tangan sehingga teksturnya menjadi seperti serbuk roti.
  4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh sebati dan lembut.
  5. Canai doh sedikit mengikut ketebalan yang diingini.
  6. Masukkan doh ke dalam plastik, ikat kemas dan rehatkan selama 1 jam.
  7. Selepas doh berehat, canai semula dan terap menggunakan acuan karipap.
  8. Isikan inti kegemaran, kelimkan tepi karipap dan simpan di dalam peti sejuk beku jika ingin dijadikan stok frozen.
  9. Apabila hendak dimakan, goreng terus daripada keadaan beku sehingga keemasan dan rangup.

Sumber: Dahlia Ajja

Baca juga: Rahsia Buat Pau Kukus Inti Coklat Gebu, Kulit Licin Cantik & Tak Kecut Selepas Dikukus

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN