resipi telur goreng

Resipi telur goreng masak asam memang antara lauk simple yang ramai akan jatuh cinta lepas cuba sekali. Walaupun bahan dia biasa-biasa sahaja, gabungan rasa masam, pedas dan sedikit manis buatkan lauk ini jadi sangat nikmat bila makan dengan nasi panas.

Selain itu, resipi ini juga sangat sesuai untuk hari sibuk atau bila tak tahu nak masak apa tapi nak lauk yang sedap dan cepat siap. Telur goreng dijadikan asas, kemudian disiram dengan kuah asam yang penuh rasa dan aroma bawang serta cili.

Menariknya, lauk ini bukan sahaja mudah dibuat, tapi boleh buat kita ulang masak banyak kali sebab rasanya memang tak jemu. Sekali makan memang confirm nak tambah nasi lagi.

Baca juga: Cara Buat Telur Dadar ‘Extra Crispy’, Nampak Simple Tapi Ramai Tertinggal Buat Teknik Ini

RESIPI TELUR GORENG MASAK ASAM YANG NIKMAT TAK TERKATA

resipi telur goreng

Bahan-bahan:

  • Telur (digoreng dulu)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Cili merah besar
  • Cili hijau besar
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng telur seperti biasa sehingga masak dan ketepikan.
  2. Tumbuk atau hiris bawang putih, bawang merah, halia, cili merah dan cili hijau.
  3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan tadi sehingga naik bau dan sedikit layu.
  4. Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan.
  5. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera, sama ada nak lebih masam atau seimbang.
  6. Bila kuah dah sebati dan cukup rasa, curahkan terus ke atas telur goreng yang telah siap digoreng.
  7. Siap untuk dihidang. Lagi sedap makan panas-panas dengan nasi putih.

Sumber: Roha Adrinna

Baca juga: Resipi Telur Masak Sos Kegemaran Anak-Anak, Lauk Ringkas & Jimat Tapi ‘Mengancam’ Sedapnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN