
Resipi ayam stim halia memang pilihan terbaik bila anda tak ada masa atau rasa malas nak masak lauk yang renyah. Walaupun cara penyediaannya sangat mudah, hidangan ini tetap sedap, beraroma dan cukup membuka selera, sesuai untuk hidangan keluarga setiap hari.
Kadang-kadang balik kerja atau urus anak seharian memang penat, sampai tak ada mood nak masak lauk berat. Tapi dalam masa yang sama, tetap nak hidangkan sesuatu yang menyelerakan dan buat semua orang makan bertambah tanpa banyak komplen.
Menariknya, walaupun nampak ringkas, rasa dia memang padu. Perisa halia, serai dan sos bergabung sempurna sampai boleh buat satu periuk nasi licin. Memang jenis lauk ‘malas masak’ tapi hasil dia boleh buat orang puji berkali-kali.
Baca juga: Rahsia Masak Ayam Kurma Berkuah Pekat & Wangi, Kena Ikut Teknik ‘Tumis 3 Kali’ Ini
RESEPI AYAM STIM HALIA

Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam (atau boleh ganti ikan)
- 3 batang serai (diketuk)
- 1 inci halia (dihiris)
- Sedikit air
Bahan tumbuk:
- 5–6 ulas bawang putih
- 3 batang akar ketumbar
- 5 biji cili padi
Bahan tambahan:
- 1 sudu kecil sos ikan
- 1 sudu sos tiram
- Sedikit gula
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk perasa (optional)
- 1 biji tomato (dipotong 6–8 bahagian)
- 1 kiub ayam
- Daun ketumbar (untuk taburan)
- 1–3 biji limau kasturi (optional)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai yang telah diketuk dan hirisan halia. Tambahkan sedikit air.
- Tutup periuk dan masak menggunakan api perlahan sehingga ayam mula empuk.
- Sementara itu, tumbuk bawang putih, akar ketumbar dan cili padi sehingga lumat. Elakkan guna chopper untuk hasil rasa yang lebih sedap.
- Masukkan sos ikan, sos tiram serta sedikit gula, garam dan serbuk perasa ke dalam bahan tumbuk tadi. Gaul sebati.
- Setelah ayam separuh masak, masukkan tomato dan kiub ayam ke dalam periuk. Tutup semula dan biarkan sehingga tomato lembut dan ayam masak sepenuhnya.
- Kemudian, masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk. Gaul perlahan sehingga semua bahan sebati.
- Taburkan daun ketumbar di atasnya. Jika suka rasa lebih segar, boleh perahkan limau kasturi sebelum dihidang.
Tips:
- Jika menggunakan ikan, cukup masak selama 7–10 minit sahaja supaya isi tidak hancur.
- Jangan letak terlalu banyak air kerana hidangan ini sepatutnya berkuah sedikit sahaja.
- Gunakan api perlahan untuk kekalkan rasa manis semula jadi ayam dan bahan lain.
Sumber: Thread @mimisuu_
Baca juga: Resipi Sambal Cili Padi Kampung Padu Untuk Ayam Geprek, Pedas Sampai Berpeluh!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













