resepi telur dadar crispy

Resepi telur dadar crispy memang antara menu paling mudah dibuat tapi paling ‘power’ bila dimakan dengan nasi panas dan lauk tomyam.

Baunya yang harum, rangup bahagian tepi dan isi dalam yang lembut memang buat ramai teringat-ingat! Wajib order setiap kali ke kedai tomyam.

Sebenarnya tak susah pun nak buat sendiri di rumah, cuma teknik dan bahan asas kena betul. Kita juga boleh kawal supaya tak jadi terlalu berminyak.

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Masak Merah Ayam, Suami Puji ‘Paling Sedap’ Sampai Selalu Minta Buat!

RESEPI TELUR DADAR CRISPY

resepi telur dadar crispy

Bahan-bahan:

  • Telur ayam
  • Garam
  • Tepung jagung
  • Sedikit air sejuk
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan garam, tepung jagung dan air sejuk.
  3. Kacau kuat-kuat sampai adunan jadi sedikit berbuih. Lagi banyak buih, lagi crispy hasilnya nanti.
  4. Panaskan minyak dengan betul-betul panas (ini langkah penting untuk hasil rangup).
  5. Tuang adunan telur ke dalam minyak panas secara perlahan.
  6. Biarkan telur mengembang dan jangan terlalu cepat balikkan.
  7. Bila bahagian bawah sudah bertukar keemasan dan rangup, balikkan untuk masak bahagian sebelah.
  8. Jika sudah keemasan dan rangup, boleh angkat dan toskan minyak sebelum dihidang.

Sumber: Thread aziah.jasmin

Baca juga: Resipi Sambal Totok Jawa, Makan Dengan Telur Goreng Pun Dah ‘Syahdu’ Habis!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN