resepi kek minyak pelangi

Resepi kek minyak pelangi antara pilihan yang selalu menjadi kegemaran ramai kerana warnanya yang cantik, teksturnya lembut dan rasanya yang sedap. Menariknya, kek ini bukan sahaja boleh dibakar menggunakan oven, malah boleh juga disediakan menggunakan pemanggang ajaib untuk mereka yang tidak mempunyai oven di rumah.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang tiba-tiba mengidam kek, resipi ini memang penyelamat. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya juga tidak terlalu rumit. Hasilnya pula tetap gebu dan cantik walaupun dimasak menggunakan api dapur.

Corak pelangi yang berwarna-warni bukan sahaja membuatkan kek nampak lebih menarik, malah mampu membuatkan anak-anak lebih teruja untuk menikmatinya. Kalau anda sedang mencari idea kek mudah untuk minum petang atau sambutan kecil di rumah, bolehlah cuba resipi ini.

Baca juga: Cara Mudah Buat Kek Batik Ganache, Topping Coklat Berkilat Cantik & Licin Sempurna!

RESEPI KEK MINYAK PELANGI TANPA OVEN

resepi kek minyak pelangi

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 5 biji telur
  • Pewarna makanan (ikut pilihan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul telur, gula kastor dan ovalette sehingga adunan kembang dan bertukar lebih gebu. Boleh menggunakan pengadun elektrik atau pengisar.
  2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Kacau hingga sebati.
  3. Tambahkan minyak masak, kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan licin.
  4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian atau lebih mengikut jumlah warna yang diinginkan.
  5. Titiskan pewarna makanan pada setiap bahagian adunan dan gaul rata.
  6. Tuangkan adunan secara berselang-seli ke dalam pemanggang ajaib sehingga habis untuk menghasilkan corak pelangi yang menarik.
  7. Tutup pemanggang dan masak menggunakan api paling kecil.
  8. Bakar selama kira-kira 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
  9. Sejukkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tips tambahan:

  • Pastikan telur, gula dan ovalette dipukul sehingga benar-benar kembang.
  • Gunakan api paling perlahan untuk mengelakkan bahagian bawah kek cepat hangus.
  • Jangan terlalu kerap membuka penutup pemanggang ketika proses membakar.
  • Gunakan pewarna makanan yang terang untuk mendapatkan lapisan pelangi yang lebih cantik.

Sumber: Wida Nathania

Baca juga: Rahsia Kek Sarang Semut Berongga & Bersarang Cantik Macam INI, Tak Perlu Perap Pun Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN