kek batik ganache

Kek batik ganache memang antara dessert paling terkenall dan digemari ramai di Malaysia. Senang dibuat, tak perlu bakar, dan paling penting dijamin licin bila dihidang. Kalau musim hujung minggu atau ada potluck keluarga, memang kek ini selalu jadi penyelamat ‘last minute’.

Sebenarnya kek batik ini sangat mudah dibuat, tapi bila ada topping ganache yang berkilat dan meleleh cantik atas, kek nampak lagi premium. Takk hairanlah ramai yang jual kek ini sebab memang laku keras!

Resipi ini juga sesuai untuk anda yang baru nak cuba buat kek. Walaupun nampak macam mahal, langkah dia sangat mudah dan bahan pun biasa ada di dapur. Jom kita cuba buat sendiri kek batik ganache yang padu ini.

Baca juga: Rahsia Kek Sarang Semut Berongga & Bersarang Cantik Macam INI, Tak Perlu Perap Pun Menjadi!

RESEPI KEK BATIK GANACHE

kek batik ganache

Bahan-bahan kek batik:

  • 600g biskut Marie (patahkan kecil)
  • 200g butter
  • 1 paket Milo 3in1
  • 1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan ikut tahap manis)
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan topping ganache:

  • 100g dark compound chocolate
  • 100g milk compound chocolate (contoh Beryl’s)
  • 200ml whipping cream
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, sediakan dulu bahagian ganache. Masukkan semua bahan ganache dalam mangkuk, kemudian cairkan menggunakan kaedah double boil atau microwave. Kacau sehingga semuanya sebati dan licin, kemudian ketepikan dan biarkan ia sejuk seketika.
  2. Untuk adunan kek batik, panaskan api kecil dan cairkan butter terlebih dahulu. Masukkan susu pekat dan kacau rata. Kemudian masukkan serbuk koko dan Milo, kacau cepat supaya tidak berketul.
  3. Seterusnya, tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil terus mengacau sehingga adunan menjadi sebati dan berkilat. Tutup api seketika, kemudian masukkan telur dan kacau laju supaya telur tidak bergumpal. Selepas itu, hidupkan semula api kecil dan masukkan esen vanila, kacau lagi hingga semuanya sebati dan beraroma sedap.
  4. Masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan ke dalam adunan dan gaul sehingga semua biskut bersalut sempurna dengan coklat serta menjadi lembut.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak atau plastik. Tekan-tekan permukaan kek supaya padat dan rata, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 10 hingga 15 minit supaya ia set sedikit.
  6. Selepas itu, keluarkan kek dan tuangkan ganache di atas permukaan kek. Ratakan sehingga menutupi seluruh bahagian atas kek dengan cantik. Akhir sekali, simpan semula dalam peti sejuk sehingga ganache mengeras dan kek benar-benar set.
  7. Untuk memotong kek dengan kemas, gunakan pisau yang panjang. Celupkan pisau ke dalam air panas, lap kering, kemudian potong. Ulang langkah ini setiap kali potong supaya hasil kek lebih cantik dan tidak melekat.

Sumber: Raja Nur Zetty

Baca juga: Resipi Kek Fruit Pastry Yang Cantik Menarik, Hasil Lembut & Gebu Dengan Topping Buah Segar

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN