donat kampung lembut

Kalau sebut donat kampung lembut, mesti ramai terbayang donat bulat bersalut gula halus yang selalu jadi kegemaran waktu sarapan atau minum petang. Menariknya, resipi ini hanya menggunakan bahan asas yang memang ada dekat rumah. Tak perlu bahan mahal atau mesin khas pun boleh jadi donat yang gebu dan lembut sampai ke malam.

Kadang-kadang kita rasa susah nak dapat tekstur donat yang kekal lembut lama. Baru beberapa jam dah keras dan liat. Tapi rupanya ada satu petua mudah yang ramai orang lama dah guna iaitu campurkan kentang rebus dalam doh. Kentang membantu jadikan tekstur donat lebih lembut, ringan dan moist walaupun disimpan dalam bekas bertutup.

Resipi ini memang sesuai untuk yang baru nak belajar buat donat homemade. Sukatan pun mudah dan langkah penyediaan tak rumit. Sekali cuba, memang boleh ulang buat berkali-kali sebab hasilnya sangat memuaskan. Lagi sedap bila makan panas-panas dengan kopi atau teh tarik!

Baca juga: Rahsia Kek Sarang Semut Berongga & Bersarang Cantik Macam INI, Tak Perlu Perap Pun Menjadi!

RESEPI DONAT KAMPUNG LEMBUT DAN GEBU SAMPAI KE MALAM

donat kampung lembut

Bahan A:

  • 1 paket yis
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air suam

Campurkan semua bahan dan biarkan hingga yis kembang.

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 biji kentang (direbus dan dilenyek halus)

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam bekas besar, satukan semua bahan B iaitu tepung gandum, minyak masak, baking powder, garam dan kentang lenyek.
  2. Kemudian masukkan bahan A yang sudah kembang tadi ke dalam adunan tepung.
  3. Uli doh sehingga menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Jika terlalu melekit, boleh tambah sedikit tepung.
  4. Tutup doh menggunakan kain bersih dan biarkan ia naik dua kali ganda lebih kurang 30 hingga 45 minit.
  5. Selepas doh naik, tumbuk sedikit untuk keluarkan angin dan canaikan doh.
  6. Terap doh menggunakan acuan donat atau bentuk bulat ikut suka.
  7. Susun donat atas dulang dan biarkan lagi sekitar 15 minit supaya donat lebih gebu.
  8. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana sehingga keemasan di kedua-dua belah.
  9. Angkat dan toskan. Boleh salut dengan gula halus atau gula kastor mengikut cita rasa.

Sumber: Dhia Nadia

Baca juga: Ramai Baru Tahu Air Fryer Boleh Buat Telur Separuh Masak, Set 10 Minit Saja Terus Jadi Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN