
Pasti ramai yang belum pernah cuba buat telur masak separuh guna air fryer kan? Sebenarnya cara ini lebih mudah kerana tak perlu nak agak-agak air mendidih atau takut telur terlebih masak. Sesuai dibuat sarapan ringkas waktu pagi untuk dimakan dengan kicap dan lada putih.
Kadang-kadang benda paling susah bila buat telur separuh masak ni ialah nak dapat tekstur kuning telur yang cantik ‘meleleh’ dan putih telur yang ngam-ngam masak. Ada masa terlalu cair, ada masa terus jadi telur rebus. Tapi bila guna air fryer, lebih senang sebab hanya tetapkan suhu dan masa saja.
Menariknya, cara ni juga sesuai untuk yang baru belajar guna air fryer. Tak perlu banyak langkah dan tak guna banyak peralatan. Lepas siap, terus boleh makan dengan roti bakar atau jadikan menu sarapan cepat sebelum keluar kerja dan sekolah.
Baca juga: Resipi Ayam Bakar Madu Guna Air Fryer, Isi ‘Juicy’ & Perapan Terasa Hingga Ke Dalam
RESIPI TELUR MASAK SEPARUH GUNA AIR FRYER

Bahan-bahan:
- Telur ayam secukupnya
- Air paip untuk rendaman sekejap selepas masak
Cara-cara penyediaan:
- Cuci bersih telur yang ingin dimasak.
- Susun telur ke dalam basket air fryer.
- Tetapkan suhu air fryer pada 100°C.
- Masak selama 10 minit.
- Selepas timer tamat, keluarkan telur dan rendam sekejap dalam air paip.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan.
Tip tambahan:
- Jika suka telur lebih cair sedikit, boleh kurangkan masa 1 minit.
- Saiz telur juga mempengaruhi tahap kemasakan, jadi boleh cuba dan sesuaikan ikut cita rasa sendiri.
- Sedap dimakan bersama kicap, lada putih dan roti bakar.
Sumber: Thread @marshifah
Baca juga: Cara Bakar Sweet Potato Guna Air Fryer, Ini Rahsia Supaya Lembut & Tak Kering!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













