
Nasi separuh masak memang boleh buat kita pening kepala. Situasi macam ini biasa berlaku di dapur rumah, sama ada tersilap sukatan air atau jenis beras yang berbeza.
Daripada terus buang dan membazir, sebenarnya nasi seperti ini masih boleh “diselamatkan” dan diolah menjadi hidangan yang lebih sedap. Salah satu cara paling mudah ialah jadikan bubur nasi atau bubur ayam yang lembut dan mengenyangkan, sesuai dimakan panas-panas.
Menariknya, cara ini bukan sahaja jimat, malah boleh hasilkan menu baru daripada bahan yang sama. Dengan sedikit bahan tambahan di dapur, nasi yang tak jadi tadi boleh bertukar jadi hidangan comfort food yang sedap dan menyelerakan untuk seisi keluarga.
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Thai Sedap Macam Di Kedai, Bau Tumis Saja Dah Buat Perut Lapar!
NASI SEPARUH MASAK JANGAN BUANG, CUBA RESIPI BUBUR NASI INI

Bahan-bahan:
- Nasi separuh masak (secukupnya)
- Isi ayam (dipotong kecil)
- Halia (dihiris nipis)
- Lobak merah (dipotong dadu)
- Santan (sedikit)
- Garam secukupnya
- Lada sulah secukupnya
- Air secukupnya
Bahan sambal kicap:
- Cili merah
- Cili hijau
- Kicap manis
- Bawang putih
Bahan sampingan:
- Ikan bilis (digoreng garing)
- Bawang goreng
- Daun sup
- Daun bawang
- Kuah sup (jika ada, untuk tambah rasa)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan nasi separuh masak ke dalam periuk dan tambah air secukupnya. Masak semula sehingga nasi hancur dan menjadi bubur.
- Masukkan hirisan halia, isi ayam dan lobak merah. Kacau rata.
- Tambahkan sedikit santan, garam dan lada sulah. Teruskan reneh sehingga bubur menjadi pekat mengikut tekstur yang disukai.
- Jika terlalu cair, biarkan ia mereneh sehingga sedikit kering dan berkrim.
- Untuk sambal kicap, kisar atau tumbuk cili merah, cili hijau, kicap manis dan bawang putih hingga sebati. Sesuaikan rasa ikut selera.
- Goreng ikan bilis sehingga rangup. Ketepikan.
- Hidangkan bubur bersama ikan bilis goreng, bawang goreng, daun sup, daun bawang dan sedikit kuah sup jika suka.
Sumber: Schaaisya Scha
Baca juga: Resipi Nasi Ayam Crispy Yang Lagi ‘Wow’ Dari Biasa, Confirm Jadi Kegemaran Keluarga!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














