
Kalau selalu masak nasi ayam biasa, jom tukar selera dengan nasi ayam rangup ini. Dagingnya ‘crispy’ di luar tapi lembut di dalam, pasti membuatkan setiap gigitan puas hati. Hidangan ni sesuai sangat untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.
Resipi nasi ayam crispy ini mudah dan bahan-bahannya pun ringkas. Tak perlu peralatan canggih atau teknik masakan yang rumit, anda tetap boleh sediakan ayam yang rangup macam restoran, tapi versi homemade.
Selain itu, hidangan ini juga sesuai untuk ‘meal prep’. Goreng ayam terlebih dahulu, simpan dalam peti sejuk dan bila nak makan, panaskan sebentar saja. Dengan cara ini, masa memasak dapat dijimatkan, tapi rasa sedap tetap terjamin.
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Cili Api Pedas Berpeluh, Bau Pun Dah Buat Perut Berbunyi!
RESIPI NASI AYAM RANGUP

Bahan-bahan:
- 2 ketul peha ayam
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 2 batang daun bawang (hiris)
- 1 inci halia (cincang halus)
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Tepung jagung secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Buang tulang peha ayam dahulu, kemudian belah sedikit bahagian tengah supaya lebih mudah meresap perapan.
- Campur kicap cair, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan beberapa hiris halia. Lumurkan ke atas ayam dan perap selama lebih kurang 30 minit.
- Selepas ayam diperap, salut ayam dengan tepung jagung sehingga rata.
- Panaskan kuali, sembur sedikit minyak atau gunakan sedikit minyak masak. Goreng ayam atas api sederhana hingga kedua-dua belah berwarna keemasan, kira-kira 4–5 minit setiap belah.
- Angkat ayam, potong kecil-kecil dan susun atas nasi putih panas. Tabur hirisan bawang besar dan daun bawang untuk aroma dan rasa tambahan.
Resipi nasi ayam crispy ni memang sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam. Sekali cuba, confirm keluarga minta buat lagi. Mudah, cepat dan yang paling penting, sedap! Selamat mencuba.
Sumber: Thread
Baca juga: Resipi Nasi Dagang Terengganu Versi Mudah Tanpa Kukus, Masak Guna Rice Cooker Pun Jadi Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














