nasi goreng thai

Nasi goreng Thai antara menu yang selalu jadi pilihan bila nak masak cepat tapi tetap sedap. Aroma tumisan bawang dan cili memang buat satu rumah rasa lapar walaupun baru lepas makan.

Resipi nasi goreng thai ini sesuai untuk mereka yang nak guna bahan sedia ada di dapur sahaja. Tak perlu bahan pelik-pelik, tapi hasilnya tetap rasa ‘kick’ macam makan di kedai.

Biasanya kalau ada lebihan nasi sejuk dalam peti ais, inilah menu paling mudah untuk diubah jadi hidangan yang lengkap dengan protein seperti daging, telur dan fishcake. Sekali cuba, memang boleh jadi menu ulang-ulang di rumah.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Tomyam Ini Buat Wangi Satu Dapur, Baru Hidang Sekejap Terus Licin!

RESEPI NASI GORENG THAI

nasi goreng thai

Bahan tumbuk:

  • Cili api
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Bahan utama:

  • Nasi putih (lebih sedap guna nasi sejuk)
  • 3 biji telur
  • Daging (dipotong nipis)
  • Fishcake (dipotong nipis)
  • Lobak merah (carrot, dipotong kecil)
  • 1 kiub ikan bilis

Bahan perasa:

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • Sedikit garam (untuk perasakan daging)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng telur dan kacau hancur. Angkat dan ketepikan.
  2. Guna minyak yang sama, goreng daging yang telah dipotong nipis bersama sedikit garam sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sama. Tumis bahan yang telah ditumbuk (cili api, bawang putih dan bawang merah) sehingga naik bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan kiub ikan bilis, kacau sehingga sebati dan larut dalam tumisan.
  5. Tambahkan sos tiram dan sos ikan, kemudian kacau rata supaya rasa lebih umami.
  6. Masukkan nasi putih dan gaul sehingga semua bahan sebati dan warna nasi sekata.
  7. Masukkan fishcake dan lobak merah, kacau hingga sayur sedikit layu dan sebati dengan nasi.
  8. Akhir sekali, masukkan telur hancur dan daging yang telah digoreng tadi. Gaul rata sampai semua bahan mesra.
  9. Rasa dan jika perlu, tambah sedikit garam atau sos ikan mengikut cita rasa.

Sumber: Nasriah Ramli

Baca juga: Resepi Pes Nasi Goreng Homemade Serbaguna, Stok ‘Emergency’ Bila Lapar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN