ayam bakar bbq

Resepi ayam bakar BBQ ini memang mengancam. Bila sedang dimasak, bau rempah dan sos BBQ yang manis pedas memenuhi satu dapur.

Kalau nak ayam bakar yang betul-betul masuk perapan, tip pertama ialah biarkan ayam diperap lama. Lagi lama perap, lagi menyerap rasa rempah dan sos BBQ.

Boleh juga kelar sedikit bahagian ayam supaya bahan perapan mudah masuk ke dalam daging. Hasilnya, ayam bukan sahaja wangi tapi juga juicy bila digigit.

Resipi ini juga boleh diubah suai mengikut selera. Kalau suka manis, boleh tambah gula atau madu. Kalau suka pedas, tambah sedikit cili atau sos pedas.

Baca juga: Resipi Ayam Berlado Belacan Yang Memikat Selera, Menu Simple Tapi Boleh Buat Tambah Nasi!

RESEPI AYAM BAKAR BBQ

ayam bakar bbq

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong ikut saiz yang dikehendaki)
  • 3 sudu besar sos BBQ (boleh tambah ikut selera)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar atau dicincang halus)
  • 1 inci halia (dikisar atau dicincang halus)
  • Garam secukup rasa
  • Gula atau madu (jika suka manis)

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan tos sehingga kering. Jika nak rasa perapan lebih meresap, kelar sedikit bahagian ayam.
  2. Campurkan sos BBQ, bawang putih, halia, garam dan gula/madu dalam satu mangkuk besar. Gaul rata.
  3. Perapkan ayam dengan campuran bahan tadi. Pastikan seluruh bahagian ayam disalut perapan. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam. Lagi lama perap, lagi wangi aromanya.
  4. Panaskan pemanggang atau grill. Letakkan ayam dan bakar dengan api sederhana. Balik ayam setiap 5–10 minit supaya masak sekata dan tidak hangus.
  5. Bakar sehingga ayam masak sepenuhnya, kulit sedikit rangup dan aromanya naik. Anggaran masa 30–40 minit bergantung kepada saiz ayam.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau salad kegemaran.

Sumber: Nor Najihah

Baca juga: Rahsia Masak Nasi Ayam Sedap Dari Bekas Peniaga, Confirm Tak Cari Resipi Lain!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN