ayam berlado belacan

Resipi ayam berlado ini antara hidangan yang mudah tapi penuh rasa, pedasnya boleh buat berpeluh, tapi wangi serai dan belacan bakar pula buat bertambah nasi.

Kalau nak rasa yang lebih “kick” dan padu, boleh tambahkan kuatiti cili padi mengikut tahap kepedasan masing-masing.

Resipi ini juga cepat disediakan, dalam masa 20-30 minit pun dah boleh siap. Rasa pedas tapi ada sedikit manis dan aroma wangi dijamin buat semua orang di meja makan terliur.

Baca juga: Rahsia Masak Nasi Ayam Sedap Dari Bekas Peniaga, Confirm Tak Cari Resipi Lain!

RESIPI AYAM BERLADO BELACAN

ayam berlado belacan

Bahan ayam & bahan utama:

  • 500g ayam (digoreng separuh masak)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 inci belacan (dibakar & blend bersama bahan kisar)
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan kisar kasar:

  • 10 biji cili merah besar
  • 5-10 biji cili padi (ikut tahap pedas yang disukai)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Belacan yang dibakar (masuk terus blend sekali)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama serai yang diketuk hingga naik bau dan pecah minyak. Aroma pedas dan wangi serai mesti dah buat perut berkeroncong.
  2. Masukkan sos tiram dan kacau rata supaya rasa manis masin dari sos tiram sebati dengan sambal.
  3. Masukkan ayam goreng separuh masak. Gaul rata supaya ayam terbalut dengan sambal dan serap semua rasa.
  4. Masak sehingga sambal melekat cantik pada ayam dan pecah minyak. Pastikan sambal tidak hangus, tapi cukup untuk bagi rasa pedas manis dan wangi belacan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas serta hirisan timun. Siap! Mudah dan cepat, tapi rasanya power!

Sumber: Bebelan Cik Min

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Kam Heong Pedas Rangup, Resipi Ringkas Tapi Aroma Menggoda

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN