nasi ayam sedap

Tak susah pun nak buat nasi ayam sedap dan mengiurkan. Resipi di bawah ini sesuai untuk pemula atau sesiapa yang nak masak cepat tapi tetap sedap.

Dengan sedikit tip dan rahsia dalam resipi ini, anda pasti akan dapat hasil nasi ayam sedap yang membuatkan semua orang minta tambah!

Baca juga: Resipi Nasi Tomato Versi Paling ‘Surrr’, Hidangan Lengkap Dengan Ayam Masak Merah & Jelatah Timun

RESEPI NASI AYAM SEDAP & LENGKAP DENGAN BAHAN SAMPINGAN

Bahan-bahan ayam rebus:

  • 4 ketul ayam (whole thigh)
  • 5 biji bawang putih, ditumbuk
  • Halia muda (ditumbuk)
  • Garam & perasa ikut selera
  • White pepper

Cara rebus ayam:

  1. Masukkan ayam, bawang putih, halia muda, garam, perasa dan white pepper ke dalam periuk. Rebus sehingga ayam empuk. Simpan air rebusan untuk digunakan nanti.

Bahan-bahan nasi:

  • 5–6 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia muda (ditumbuk)
  • 1–2 batang serai (ditumbuk)
  • 4 cawan minyak beras
  • 5–6 cawan air rebusan ayam (ikut sukatan nasi)
  • 4–5 helai daun pandan
  • Garam & perasa ikut selera

Cara masak nasi:

  1. Tumis bawang putih, halia dan serai dalam minyak beras.
  2. Masukkan 4 cawan beras, air rebusan ayam, daun pandan, garam dan perasa.
  3. Gaul sebati, kemudian tanak nasi dalam periuk nasi seperti biasa.

Bahan perapan & goreng ayam:

Cara perap & goreng ayam:

  1. Satukan kicap, sos tiram, madu, gula dan perasa.
  2. Perap ayam sekejap, kemudian goreng sekejap untuk memberikan sedikit warna dan aroma.

Bahan-bahan cili:

  • 1 cawan air rebusan ayam
  • Segenggam cili padi merah
  • 3–4 batang cili merah + daun ketumbar
  • 5–6 biji bawang putih
  • 3–4 sudu besar gula
  • Garam & perasa

Cara buat cili:

  1. Kisar cili padi, cili merah, daun ketumbar, bawang putih, gula, garam dan perasa bersama 1 cawan air rebusan ayam. Didihkan atas api sekejap sehingga sos pekat sedikit.

nasi ayam sedap

Cara menghidang:

  1. Susun nasi panas di pinggan, letakkan ayam goreng di atasnya dan tuang cili nasi ayam mengikut selera.
  2. Hidangkan bersama sos kicap dari lebihan perapan ayam, jika suka tambah sedikit air rebusan ayam jika sos terlalu pekat.

Sumber: Thread

Baca juga: Resepi Nasi Kak Wok Homemade Asli, Lengkap Ayam Goreng, Sambal & Gulai Pekat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN