
Mencari resipi karipap rangup yang pedas dan sedap? Kuih klasik dari Kuala Lipis ini bukan sahaja rangup di luar dan lembut di dalam, malah inti sayurnya segar dan sambal pedasnya cukup meletup. Sesuai dijadikan snek petang atau hidangan untuk tetamu.
Resipi ini dikongsi oleh Suhaila Fiya Ibrahim dan mudah diikuti di rumah. Dengan bahan yang senang didapati, anda boleh hasilkan karipap rangup pedas walau di mana-mana negeri sekalipun.
Baca juga: Cara Buat Popia Sira Sambal, Ada Tips Supaya Tak Lemau Dan Kekal Rangup!
RESIPI KARIPAP RANGUP PEDAS KUALA LIPIS

Bahan-bahan kulit karipap:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar planta
- Garam secukupnya
- Air sejuk dari peti ais
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan tepung, planta dan garam.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli sehingga doh lembut.
3. Rehatkan doh 10 minit, kemudian uli semula.
4. Bentuk doh macam kulit karipap biasa – inilah kunci untuk karipap rangup yang sempurna.
Bahan-bahan inti sayur segar:
- Lobak merah (diparut memanjang)
- Timun (diparut memanjang)
- Tauge
- Kubis bulat
Tip:
- Tapis sayur supaya airnya keluar.
- Pilih sayur ikut citarasa sendiri; carrot dan timun sahaja pun sudah cukup sedap.
Bahan-bahan sambal pedas meletup:
- 17 tangkai cili kering pedas
- 3 ulas bawang merah kecil
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil garam
- 4 sudu besar gula pasir
- 3 sudu besar sos cili
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar cili, bawang merah dan bawang putih sehingga halus.
2. Tumis bahan kisar dalam minyak secukupnya.
3. Masukkan garam, gula, dan sos cili. Masak sehingga sebati.
4. Tutup api dan gaul sambal dengan karipap rangup yang sudah digoreng.
Cara-cara goreng karipap:
1. Ambil doh, leperkan, dan letak inti sayur di tengah.
2. Lipat dan tekan tepi sehingga kemas.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan.
4. Toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Tips Buat Karipap Rangup Sempurna
- Gunakan air sejuk masa uli doh untuk kulit lebih rangup.
- Pastikan sayur inti tidak berair.
- Sambal pedas boleh dibuat awal dan gaul bila nak makan, supaya karipap rangup tetap rangup dan pedas meletup!
Kuih ini hanya ada di Kuala Lipis dan sekitar Raub, Pahang, tapi resipi ini membolehkan anda buat karipap pedas di rumah, di mana-mana negeri pun.
Kini, karipap pedas siap untuk dinikmati. Kulit rangup, inti segar, sambal pedas, pasti licin sekelip mata!
Jangan lupa, kongsi resipi ini dengan kawan-kawan dan cuba buat sendiri. Kalau pandai, boleh jadi menu viral di rumah anda!
Selamat mencuba!
Sumber: Suhaila Fiya Ibrahim
Baca juga: Cara Buat Karipap Berjerawat Rangup Menjadi, Rahsianya Ada Pada Bahan ‘Ini’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














