
Bila sampai waktu berbuka puasa, minuman yang manis, sejuk dan menyegarkan memang paling dinantikan. Kurma Susu Special antara minuman yang sesuai kerana bukan sahaja menghilangkan dahaga, tetapi juga memberi tenaga segera selepas seharian berpuasa.
Yang menariknya, minuman ini sangat mudah disediakan di rumah. Hanya perlukan beberapa bahan asas seperti kurma, susu full cream, madu dan ais batu. Untuk nampak lebih menarik dan rasa lebih sedap, boleh juga tabur hirisan kurma atau sedikit badam cincang.
Selain sedap dan menyegarkan, minuman ini kaya dengan nutrien penting. Buah memberi tenaga segera, manakala susu penuh krim membekalkan kalsium dan protein untuk tubuh lebih bertenaga.
Baca juga: Resipi Susu Pisang Karamel Milkshake Float Yang Lazat Berkrim, Fuhh Bila Minum Rasa Puas!
RESIPI KURMA SUSU SPECIAL

Bahan-bahan:
- 6–8 biji kurma (buang biji)
- 200 ml susu full cream
- 1–2 sudu teh madu (ikut kemanisan yang disukai)
- Ais batu secukupnya
- Hirisan kurma untuk hiasan
- Sedikit badam cincang (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan kurma, susu full cream dan madu ke dalam kisar.
- Kisar hingga sebati dan halus.
- Tuang minuman ke dalam gelas berisi ais batu.
- Hiaskan dengan hirisan kurma di atas.
- Taburkan sedikit badam cincang untuk rasa lebih rangup dan eksklusif.
Sumber: Racun By Ieyla
Baca juga: Resipi Soda Pudina Laici Yang Menyegarkan Untuk Berbuka, Bila Minum Terus Hilang Haus!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














