udang berempah

Pernah tak balik kerja letih dan terus tiada idea nak masak apa? Resipi Udang Berempah campak-campak ini memang jawapan paling cepat. Tak perlu teknik rumit, tapi rasanya cukup pedas dan berempah sampai menjilat jari.

Resipi Udang Berempah yang dikongsikan oleh Natasha Qalisya di Facebook ini menggunakan teknik campak-campak tanpa proses yang panjang, namun menghasilkan lauk yang kaya rasa dan cukup memuaskan.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!

RESIPI UDANG BEREMPAH

udang berempah

Bahan-bahan:

  • ½ kg udang (dibersihkan)
  • 2 sudu besar rempah kari ayam atau ikan)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam dan perencah secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 hingga 2 tangkai daun kari
  • Bawang putih dan bawang merah (dipotong)
  • Sedikit air kosong
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari sehingga naik aroma.

3. Masukkan rempah kari, serbuk cili, sos cili, sos tiram, kicap dan lada hitam.

4. Kacau sebati dan masak sehingga bahan rempah benar-benar masak serta pecah minyak.

5. Tambahkan sedikit air jika perlu.

6. Setelah rempah pecah minyak, masukkan udang ke dalam kuali.

7. Perasakan dengan garam dan perencah secukup rasa.

8. Teruskan memasak sehingga udang berempah masak sempurna dan kuah menjadi lebih pekat.

*Nota: Sekiranya gemarkan udang berempah berkuah, boleh menambah air mengikut keperluan dan reneh seketika sebelum menutup api.

Selamat mencuba!

Sumber: Natasha Qalisya

Baca juga: Resipi Udang Kam Heong Paling Juicy, Pedas Manis Dan Aroma Memikat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN