kulit karipap

Ada orang tak suka karipap yang berjerawat, sebaliknya mereka lebih menggemari kulit karipap yang licin. Bagi mereka, karipap jenis ini kelihatan lebih kemas dan lagi menyelerakan.

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah, MyResipi kongsikan cara buat doh karipap yang tak timbul jerawat selepas digoreng.

Ada beberapa tip yang perlu dilakukan, antaranya adalah doh tak boleh terlalu keras atau terlalu lembik. Malah, cara menguli dan membentuk karipap juga sangat penting.

Baca juga: Resipi Karipap Pusing Versi Bulat-Bulat, Comel Sangat Bentuk Macam Ni!

CARA BUAT KULIT KARIPAP LICIN TANPA JERAWAT

kulit karipap

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak masak panas
  • 2 sudu besar marjerin
  • Air kosong secukupnya
  • Sedikit tepung tambahan untuk taburan

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan tepung dengan minyak panas. Gaul rata.
  2. Masukkan marjerin dan gaul sehingga sebati.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil uli doh dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut tapi tidak terlalu lembik atau keras.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai supaya doh tidak melekat semasa digulung.
  5. Canai doh, bentukkan karipap, letak inti dan goreng sehingga masak.

Hasilnya, karipap akan mempunyai kulit yang licin, molek dan tiada “jerawat” selepas digoreng.

Sumber: Aznida Mohamad

Baca juga: Cara Mudah Buat Karipap Kampung Macam Orang Tua Dulu-Dulu, Sedap Dia Lain Macam

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN