resepi kek marjerin pelangi

Warna-warni yang ceria pada kek boleh buat sesiapa pun tersenyum walaupun belum rasa lagi. Kali ini, jom kita cuba resepi Kek Marjerin Pelangi yang hasilnya gebu dan lembut.

Kelebihan resepi Kek Marjerin Pelangi yang dikongsikan oleh Janisah Shansudin di Facebook, bahan-bahannya tak banyak dan semuanya mudah dicari. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: ‘Wacky Cake’ Atau Kek Gila – Kek Coklat Bajet Tanpa Telur, Susu & Mentega, Sedap & Moist!

RESEPI KEK MARJERIN PELANGI

resepi kek marjerin pelangi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan (225 gm) marjerin
  • 1 cawan (200 gm) gula kastor
  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 Sudu kecil esen vanilla
  • 2 Sudu besar susu pekat
  • Pewarna kesukaan

Bahan ayak:

resepi kek marjerin pelangi

Cara-cara buat:

  1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang, kemudian masukkan telur satu demi satu.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla, kemudian pukul sampai sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dengan baking powder yang diayak tadi, kaup balik saja dan sebatikan.
  4. Bahagikan tiga bahagian dan masukkan pewarna kesukaan. Lapikkan loyang saiz 8 inci dengan baking paper.
  5. Panaskan dulu oven selama 10 minit dan bakar kek sampai masak (lain oven, lain suhu membakar) dengan api atas bawah (oven saya suhunya 160ºC selama 50 minit)

Tak perlu guna butter mahal, marjerin saja sudah cukup untuk hasilkan kek lembut dan sedap. Nak buat untuk minum petang, majlis kecil-kecilan atau bekal anak ke sekolah pun boleh.

Selamat mencuba!

Sumber: Janisah Shansudin

Baca juga: Kek Mentega Lembut Dan Gebu, Bila Makan Terasa Cukup Klasik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN