
Ramai fikir resepi capati lembut wajib guna tepung atta, tapi sebenarnya tepung gandum pun boleh menghasilkan capati yang sedap. Malah ada yang kata lebih sedap daripada capati biasa!
Resepi ini cuma guna empat bahan asas dan prosesnya sangat mudah. Hanya uli, rehatkan, canai dan masak. Sesuai dibuat untuk sarapan, makan malam atau dimakan bersama sambal ikan bilis, kari atau dhal.
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya
RESEPI CAPATI LEMBUT GUNA TEPUNG GANDUM

Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar marjerin
- 1 sudu teh garam
- 1 ½ cawan air panas
Cara membuat:
- Satukan tepung gandum, marjerin dan garam. Gaul hingga teksturnya menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Kacau guna senduk kerana adunan masih panas.
- Bila doh sudah suam, uli dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut dan sebati.
- Perap doh selama 15 minit.
- Bahagikan doh kepada 8 bahagian dan bulatkan.
- Tabur sedikit tepung gandum di atas papan canai, kemudian canaikan doh nipis-nipis.
- Panaskan kuali non-stick dan masak capati tanpa minyak.
- Bila nampak gelembung kecil muncul, terbalikkan. Masak hingga siap.
Sumber resipi dan gambar: Nija Lim
Baca juga: Resipi Cucur Jagung Yang Rangup Sampai Malam, Dah Sejuk Pun Masih Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














