resepi ayam goreng bawang

Sedang mencari menu lauk sedap untuk keluarga tersayang? Resepi Ayam Goreng Bawang versi Khairul Aming sangat cepat dimasak, mudah dan rangup yang pasti buat semua terliur.

Azura Radzi berkongsi hasil daripada resepi Ayam Goreng Bawang Khairul Aming yang dimasak di rumah dan hasilnya buat orang tak sabar nak cuba. Jom kita tengok resipinya!

Baca juga: Gagal Tiru Resepi Khairul Aming, Gelagat Lelaki Ini Buat Netizen Komen Pecah Perut

RESEPI AYAM GORENG BAWANG KHAIRUL AMING

resepi ayam goreng bawang

Bahan kisar:

Bahan lain:

  • Ayam (dipotong sederhana)
  • Tepung ubi atau tepung beras (lebih kurang 5 sudu)
  • Bawang putih (diketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara buat:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan ketumbar hingga halus.

2. Gaulkan ayam bersama bahan kisar dan perap selama 15 minit saja.

3. Masukkan tepung ubi atau tepung beras pada ayam.

4. Tambahkan bawang putih yang diketuk untuk aroma lebih wangi.

5. Perasakan dengan garam dan sedikit perasa mengikut citarasa.

6. Gaul semua bahan hingga sebati.

7. Goreng ayam dalam minyak panas sehingga rangup keperangan, angkat dan toskan.

Tanpa perlu perapan lama atau bahan yang susah dicari, Ayam Goreng Bawang ini sesuai untuk hidangan harian, menu makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Azura Radzi

Baca juga: Wanita Kongsi Resepi Kek Batik Khairul Aming, Tapi Sentuhannya Macam Kain Batik Asli!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN