
Siapa sangka dengan hanya berbekalkan resepi Kek Batik Khairul Aming yang popular dan sedikit kreativiti, seorang wanita berjaya menghasilkan sebiji kek batik yang sangat cantik.
Ramai yang menyukai resepi Kek Batik Khairul Aming kerana kaya dengan rasa coklat dan cukup lembut apabila dipotong. Senang cerita, ramai yang guna resepi ini dan berhasil.
Bukan setakat sedap dimakan, malah hasil Kek Batik yang dikongsikan oleh Farizah FieMarissa di Facebook ini terlampau cantik sampaikan ramai yang ingat kain batik sebenar.
Baca juga: Kek Batik Indulgence Terlajak Leleh, Sekali Cuba Terus Tak Boleh ‘Move On’!
RESIPI KEK BATIK KHAIRUL AMING (JENIS LEMBUT)

Bahan-bahan:
- 1 ketul butter
- ½ susu tin pekat
- 1 cawan milo (saya guna jenama Sawanah Koko atau terpulang)
- ½ cawan serbuk koko
- ½ cawan susu cair
- 1 sudu teh serbuk kopi (tak letak pun tak apa)
- 1 sudu teh garam
- 2 biji telur
- 2 paket biskut marie (patah-patahkan)
Bahan topping:
- Chocolate coin
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, cairkan seketul butter.
2. Selepas itu, masukkan susu pekat, milo dan serbuk koko, kemudian kacau sampai sebati.
3. Kemudian, masukkan susu cair dan tambahkan serbuk kopi (jika suka), garam dan telur sambil kacau-kacau.
4. Seterusnya, kacau-kacau dan letak dalam loyang.
5. Selepas itu, mampat-mampatkan dan letak topping (curah chocolate coin yang sudah dicairkan dengan kaedah double boiler).
6. Akhir sekali, boleh sejukkan dalam peti sejuk dan biarkan selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!

Dengan sedikit idea dan usaha, Kek Batik yang dulunya dikenali sebagai pencuci mulut paling simple di Malaysia mungkin boleh menjadi bahan pameran seni yang buat orang kagum.
Selamat mencuba!
Sumber: Farizah FieMarissa
Baca juga: Tips Buat Kek Batik Lembut, Nak Potong Pun Senang, Tiada Lagi Keras Kematu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














