daun limau purut pahit

Bagi yang suka memasak di dapur, mesti pernah guna daun limau purut dalam masakan. Jika masih berdepan dengan masalah daun limau purut pahit, kami ada cara untuk selesaikannya.

Daun limau purut yang harum menjadi rahsia aroma sedap dalam pelbagai masakan seperti asam rebus, tomyam dan kari. Tapi, ada sesetengah orang kurang gemar menggunakannya kerana masakan kadangkala terasa pahit.

Menurut Fienaz Shafie di Facebook, rasa pahit itu sebenarnya datang daripada urat halus di bahagian tengah daun limau purut. Nak elakkannya daripada terjadi, anda boleh ikut tips di bawah.

Baca juga: Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Agar Tahan Lama, Kekal Segar Macam Baru Beli!

TIPS ELAK DAUN LIMAU PURUT PAHIT DALAM MASAKAN

daun limau purut pahit

1. Mula-mula, ambil daun limau purut yang segar.

2. Selepas itu, koyakkan daun menjadi beberapa bahagian.

3. Kemudian, buang urat halus di bahagian tengah daun.

4. Gunakan hanya lembaran daun dalam masakan.

daun limau purut pahit

Petua ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh orang tua di Indonesia dan Thailand. Mereka tahu dengan membuang urat tengah itu, daun limau purut tetap memberikan aroma wangi dalam hidangan.

Kaedah ini sangat sesuai jika anda ingin memasak asam rebus, tomyam, gulai ikan atau hidangan berkuah lain. Selain mengelakkan pahit, ia menjadikan aroma masakan lebih menyerap dan menyelerakan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fienaz Shafie

Baca juga: Cara Simpan Daun Masakan Supaya Tahan Berbulan, Tetap Hijau & Segar Macam Baru Petik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN