resepi ayam gunting sedap

Makanan paling ramai suka setiap kali ke pasar malam, semestinya ayam gunting. Dengan sedikit kreativiti, anda boleh buat sendiri dengan resepi Ayam Gunting sedap ini.

Ayam Gunting ialah hidangan ayam yang digoreng, digunting dan dipotong kecil-kecil sebelum makan, menjadikannya lebih mudah dikunyah dan dikongsi beramai-ramai.

Walaupun resepi Ayam Gunting sedap oleh Maryam Mahmood hanya menggunakan bahan-bahan ringkas, namun hasilnya rangup dan cukup rasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Sosej Gunting Lazat Untuk Minum Petang, Macam Beli Kat Pasar Malam!

RESEPI AYAM GUNTING SEDAP

resepi ayam gunting sedap

Bahan salutan ayam:

  • Ayam bahagian dada (dihiris nipis)
  • Air sejuk berais
  • Sedikit garam
  • Lada putih
  • Tepung ubi kayu

Bahan serbuk perasa:

Cara-cara buat:

1. Masukkan hirisan ayam ke dalam mangkuk.

2. Tambahkan air sejuk berais, sedikit garam dan lada putih.

3. Biarkan ayam direndam selama 10 minit untuk memastikan isinya lembut.

4. Selepas itu, toskan ayam daripada air.

5. Salut ayam yang telah direndam dengan tepung ubi kayu.

6. Panaskan minyak dan goreng ayam seperti biasa sehingga masak.

7. Toskan minyak dan biarkan ayam sejuk sedikit.

8. Kemudian, gunting ayam menjadi kepingan kecil.

9. Campurkan serbuk cili, serbuk kari, lada putih, garam dan gula.

10. Taburkan campuran berperisa ini ke atas ayam yang telah digunting.

11. Gaul rata supaya setiap kepingan ayam terasa penuh perisa.

Hasilnya, anda akan dapat menikmati Ayam Gunting yang rangup, wangi dan cukup berperisa pada setiap kepingan. Selain sebagai snek, anda boleh jadikannya sebagai lauk yang sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Maryam Mahmood

Baca juga: Jejari Ayam Mudah Guna 3 Bahan, Sebijik Macam Ayam Gunting Pasar Malam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN