minum air manis

Ramai mulakan hari dengan secawan teh ais atau kopi susu, katanya nak bagi tenaga cepat. Apabila waktu malam, ada pula yang beri ganjaran pada diri sendiri dengan minum air manis untuk hilangkan penat seharian.

Nampak macam tabiat kecil yang tak membawa apa-apa mudarat, tetapi sebenarnya masa kita minum air manis memberi kesan yang berbeza kepada tubuh.

Baca juga: Beza Pear Dan Lai Dari Rupa Sampai Rasa, Lepas Ini Tak Salah Beli Dah

APA JADI APABILA MINUM AIR MANIS WAKTU PAGI?

minum air manis

Pada awal pagi, badan masih perlahan untuk buat pemanasan badan. Otot belum aktif, metabolisme pun belum betul-betul naik. Dalam keadaan begini, sensitiviti insulin biasanya lebih rendah.

Kalau waktu inilah kita tuang banyak gula melalui minuman manis, gula darah boleh naik mendadak. Tubuh terpaksa bekerja lebih keras untuk stabilkan semula bacaan gula dengan menghasilkan lebih banyak insulin.

Jika ini jadi setiap hari, badan boleh mula mengalami rintangan insulin dan inilah langkah awal ke arah prediabetes.

APA PULA KESAN MINUM AIR MANIS WAKTU MALAM?

minum air manis

Waktu malam, tubuh sudah bersiap untuk berehat. Pengeluaran insulin memang cenderung menurun kerana sistem tubuh perlahan sedikit. Bila kita masukkan gula pada waktu ini, ia tinggal lebih lama dalam darah.

Energi yang tak digunakan pada lewat malam lebih mudah disimpan sebagai lemak. Tidur pun boleh terganggu sebab gula dalam darah naik, membuatkan badan susah untuk masuk ke fasa rehat yang dalam.

JADI, MANA SEBENARNYA LEBIH MEMUDARATKAN?

Kedua-duanya ada mudarat, cuma cara ia memberi kesan berbeza:

  • Pagi: beban mengejut kepada hormon dan gula darah.
  • Malam: meningkatkan simpanan lemak dan kacau kualiti tidur.

Paling memudaratkan sebenarnya ialah waktu yang anda lakukan paling kerap. Kalau hari-hari minum teh ais pagi-pagi, itu yang lebih berisiko untuk jangka panjang. Kalau setiap malam hilangkan stres dengan air manis, kesannya lebih ketara pada berat badan dan tidur.

Sebenarnya, tubuh tak perlukan gula tambahan pun. Badan kita hanya perlukan air, makanan seimbang dan pergerakan. Minuman manis hanyalah tabiat dan ia boleh diubah sedikit demi sedikit.

Kalau nak mula kurangkan, fokus dulu pada minuman manis waktu pagi. Pagi menentukan arah metabolisme untuk sepanjang hari.

Kalau tetap mahu sesuatu yang manis, cuba jarakkan pengambilan, kecilkan kuantiti dan jadikan ia layanan sekali-sekala, bukan rutin.

Sedikit ubah, kesannya sangat besar.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Public Health Malaysia

Baca juga: Ini Sebab Kena Tukar Span Basuh Pinggan Setiap 3 Minggu, Ada Kuman Boleh Buat Cirit-Birit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN