resepi jemput pisang

Selain sarapan, resepi Jemput Pisang juga sesuai dijadikan sebagai minum petang yang santai. Bau wangi pisang yang digoreng garing, boleh buat keluarga di rumah teruja.

Nak dapat hasil Jemput Pisang paling sedap, pilih pisang yang masak ranum seperti pisang emas, pisang rastali atau pisang nangka kerana manis semula jadi dan lembut apabila dilenyek.

Khadijah Jaafar telah kongsikan rahsia campuran tepung dalam resepi Jemput Pisang di Facebook yang membuatkan hasilnya rangup di luar tapi tetap gebu di dalam. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Jemput Jemput Roti Tak Serap Minyak, Rangup Bukan Main Lagi!

RESEPI JEMPUT PISANG

resepi jemput pisang

Bahan-bahan:

  • 500g pisang (lenyekkan)
  • 100g tepung gandum
  • 100g tepung beras
  • ¼ sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, lenyekkan pisang ranum sampai hancur kasar.
  2. Selepas itu, masukkan gula dan soda bikarbonat, gaul rata.
  3. Kemudian, campurkan tepung gandum dan tepung beras, adun sampai sebati.
  4. Seterusnya, panaskan minyak, sudukan adunan kecil-kecil ke dalam kuali.
  5. Akhir sekali, goreng sampai perang keemasan dan rangup di luar.

resepi jemput pisang

Jika suka rasa pisang yang lebih kuat, boleh kurangkan jumlah tepung. Tapi jika nak cekodok lebih berisi dan rangup, tambahkan sedikit tepung mengikut citarasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Khadijah Jaafar

Baca juga: Jemput Jemput Pisang Guna Tepung Beras, Luar Rangup & Dalam Pun Lembut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN