
Selalunya orang akan gunakan tepung gandum untuk buat Jemput Jemput Pisang. Tapi siapa sangka, sebenarnya kita boleh pakai tepung beras juga untuk membuatnya.
Apabila ditanya tentang kuih goreng yang sedap, pasti ramai akan jawab Jemput Jemput Pisang. Mana taknya, makanan tradisional ini sudah popular di Malaysia sejak dulu lagi.
Nak buat kuih goreng ini tak susah mana pun, cukup ada tepung dan pisang pun sudah memadai. Selain itu, anda boleh buat dalam bentuk seperti bebola juga.
Alya Normah telah kongsikan cara buat Jemput Jemput Pisang di Facebook yang membuatkan ramai tertarik kerana ia dibuat menggunakan tepung beras. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Goreng Pisang Supaya Banyak Kerak, Rangup Sampai Berjam-jam!
RESIPI JEMPUT JEMPUT PISANG

Bahan-bahan:
- Pisang (tak kisah jenis apa, janji masak ranum)
- Tepung beras
- Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, lenyekkan pisang sampai hancur dan lumat dalam bekas.
2. Selepas itu, masukkan tepung beras dan pastikan tepung beras jangan lebih daripada pisangnya.
3. Kemudian, bancuh sampai sebati dan pastikan jangan cair atau keras sangat (tak perlu letak air).
4. Seterusnya, panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Tapi, pastikan api jangan kecil atau besar sangat.
5. Akhir sekali, boleh angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Tiada serbuk penaik, gula atau garam digunakan dalam resipi ini dan hasilnya terasa lebih asli. Dengan aroma pisangnya yang menggoda, selera pun boleh terpikat dibuatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Alya Normah
Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














