jemput jemput roti

Lihat lebihan roti yang hampir tarikh luput, kenalah cari cara untuk habiskannya. Tak perlu susah payah fikir, buat saja Jemput Jemput Roti yang rangup dan sedap.

Sebelum ini sudah biasa buat dengan tepung saja, tapi setelah masukkan lebihan roti, terus sedapnya lain macam. Baru makan sebiji, mesti ketagih nak makan lagi.

Terima kasih buat Iza Abu Bakar yang kongsikan resipi Jemput Jemput Roti di Facebook. Hanya guna beberapa bahan, terus jadi hidangan yang menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cucur Udang Gebu Luar Biasa, Ini Tips Supaya Adunan Tak Melekat Pada Senduk!

RESIPI JEMPUT JEMPUT ROTI

jemput jemput roti

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 genggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 tangkai cili besar merah (ditumbuk kasar)
  • Garam secukup rasa
  • Air sejuk secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

jemput jemput roti

Cara-cara buat:

  1. Roti dikoyak-koyakkan kecil dan diletakkan dalam bekas.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras ke dalam bekas roti tadi, kemudian gaul rata.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk kasar tadi dan garam secukup rasa, kemudian gaul sebati.
  4. Seterusnya, masukkan air sejuk dan gaul sampai sebati lagi.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan sudukan adunan serta gorenglah sampai kekuningan atau agak garing, angkat dan toskan.

Jemput Jemput Roti sangat sedap dimakan bersama sos cili atau sos pencicah yang disukai. Jika ditambah dengan mayonis, lebih bertambah nikmatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Iza Abu Bakar

Baca juga: Cucur Roti Gardenia, Guna 3 Langkah Saja Tapi Lembutnya Luar Biasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN