
Kalau anda tengah cari resepi tart telur Portugis yang senang dan sedap, inilah dia! Rasa dia hampir sama dengan yang dijual di kedai kek terkenal itu. Kulitnya rangup, isi kastard pula lembut, lemak manis dan wangi. Memang puas hati bila buat sendiri di rumah.
Resipi ini dikongsikan oleh Faridah Ainuddin dan menggunakan puff pastry sebagai asas kulit tart. Dari satu adunan, anda boleh dapat lebih kurang 20 hingga 24 biji tart bersaiz muffin. Nak buat sedikit pun boleh, cuma bahagi dua adunan sahaja.
Baca juga: Resipi Kek Marble Vanilla Tanpa Guna Mixer, Gerenti Jadi Walaupun Pertama Kali Cuba!
RESEPI TART TELUR PORTUGIS

Bahan-bahan:
- 1 pek kecil puff pastry
- 500ml susu segar
- 8 biji telur
- 300ml air
- 240g gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu makan tepung jagung
Cara penyediaan:
- Canai puff pastry hingga agak nipis (jangan terlalu nipis ya). Potong dua setiap keping puff, sekeping boleh dapat dua biji tart nanti.
- Tekan doh puff ke dalam loyang muffin. Pastikan bentuknya kemas.
- Dalam satu mangkuk besar, campurkan susu, air, telur, gula kastor, esen vanila dan tepung jagung.
- Kacau atau pukul dengan whisk hingga semua bahan sebati.
- Tapis adunan supaya halus, kemudian tuang ke dalam puff pastry hingga hampir penuh.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama kira-kira 40 minit, atau sehingga permukaan tart sedikit keperangan.
Tart Telur Portugis ini paling sedap dimakan masa masih suam. Kulitnya rangup, isi kastard lembut dan manis berlemak. Memang cepat habis kalau buat untuk minum petang!
Sumber: Siti Suhaida Mohd Sani
Baca juga: Resipi Kek Batik Tanpa Telur, Tapi Tetap Lembut & Tak Keras Bila Digigit!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














