
Kalau anda suka kek batik yang lembut tapi tak suka bau telur atau alahan dengannya, resipi kek batik ini memang wajib cuba buat di rumah!
Walaupun tanpa telur, teksturnya lembut, tak keras dan sesuai untuk semua peringkat umur. Bahan-bahannya mudah dan cara masak pun cepat.
Rahsia kek batik lembut ialah penggunaan susu segar dan susu pekat manis, yang menjadikan adunan berkrim dan mudah dicampur dengan biskut.
Kalau nak tahu resipi penuh, jom lihat cara penyediaan yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Norshalieda Rozali di bawah.
Baca juga: Resipi Kek Chiffon Pandan Cara Orang Lama, Tanpa Guna Ovalette Pun Naik Gebu Elok!
RESIPI KEK BATIK LEMBUT

Bahan-bahan:
- 1 bungkus biskut marie 300g (dipatah-patahkan)
- 4 sudu besar butter atau marjerin
- 2 sudu besar serbuk koko
- 3 sudu besar serbuk minuman coklat (apa-apa jenama pun boleh)
- 1 kotak kecil susu full cream 200ml (Kalau tiada susu, boleh ganti dengan air kosong tapi guna susu lebih sedap)
- ½ cawan susu pekat manis
Cara-cara:
- Cairkan butter dan susu pekat manis dalam periuk.
- Masukkan semua bahan lain kecuali biskut.
- Masak hingga semua bahan sebati dan tiada ketulan. Kalau ada ketul kecil, tekan saja dengan senduk.
- Teruskan masak hingga campuran menjadi pekat dan berkrim, kemudian padamkan api.
- Masukkan biskut yang telah dipatahkan dan gaul hingga rata.
- Tuang ke dalam loyang bersaiz 7 atau 8 inci yang telah dilapik plastik. Tekan mampat.
- Sejukkan dalam peti sejuk semalaman.
- Untuk potongan yang kemas, potong sebaik sahaja dikeluarkan dari peti. Kek akan jadi lembut selepas beberapa minit pada suhu bilik.
Sumber: Norshalieda Rozali
Baca juga: Resipi Kek Lapis Neopolitan Yang Lembut & Cantik Dipandang, Makan Sekeping Tak Cukup!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














