resepi sambal balado

Orang Malaysia sudah sinonim dengan makanan pedas, jadi tak hairanlah hidangan dari negara jiran, Indonesia, turut digemari ramai. Antara yang paling popular tentulah resepi Sambal Balado dengan rasa pedas yang membara.

Sambal Balado terkenal dengan rasa pedas yang wangi, ada rasa masam manis daripada tomato dan memang sesuai dimakan dengan apa saja. Sekali cuba, memang boleh jatuh cinta.

Chek Melati sendiri berkongsi resepi Sambal Balado yang beliau dapat daripada kawannya orang Indonesia. Katanya sejak jumpa resipi ini, memang tak cari resepi lain. Jom kita cuba!

Baca juga: Rahsia Warna Sambal Cantik & Tahan Lama, Ikut Petua Ini Baru Merah Menyala!

RESEPI SAMBAL BALADO ALA INDONESIA

resepi sambal balado

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 2 inci belacan
  • 3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut pedas masing-masing)
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak

Cara-cara membuat:

1. Jika rajin, boleh tumbuk semua bahan kecuali gula, garam dan minyak. Nak cepat, masukkan semua dalam food processor (jangan tambah air). Jika guna blender biasa, letak sedikit air.

2. Selepas itu, kisar tapi jangan terlalu halus, biar nampak ada serdak-serdak cili.

3. Kemudian, panaskan minyak secukupnya (lebih sedap guna minyak lebihan goreng ikan bilis).

4. Seterusnya, tumis bahan kisar sampai kering airnya supaya tahan lebih lama.

5. Setelah itu, masukkan gula dan garam secukup rasa.

6. Apabila sudah pekat dan garing cantik, angkat dan simpan dalam bekas. Boleh tahan sampai 2 minggu dalam peti sejuk.

resepi sambal balado

Tips menggunakan stok sambal balado ini:

  • Nak buat nasi goreng kurang 5 minit, tumis bawang, masukkan sambal dan telur, kemudian gaul dengan nasi.
  • Nak buat kuah ringkas untuk ayam atau ikan goreng, tumis bawang holland, masuk sambal, tambah air dan garam
  • Boleh makan dengan sup sayur panas, cukup buat sepinggan nasi jadi licin.

Selamat mencuba!

Sumber: Chek Melati

Baca juga: Cara Buat Sambal Kicap ‘Power’ Menyengat, Makan Dengan Apa-Apa Pun Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN