
Pantang dapat makan pencuci mulut yang lembut dan manis berkrim, pasti terasa nikmat tak terhingga. Nak buat puding lain dari yang lain, bolehlah cuba Puding Karamel Biskut ini.
Puding Karamel Biskut merupakan salah satu variasi daripada puding karamel biasa. Bezanya dalam adunan puding itu tak gunakan roti, sebaliknya digantikan dengan biskut.
Nak tahu cara buat Puding Karamel Biskut? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Erin Ismail di Facebook ini. Hasilnya wangi, licin dan cantik berkilat. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Kastard Jagung Mudah Dengan 5 Bahan, Hasil Lembut Gebu!
RESIPI PUDING KARAMEL BISKUT

Bahan-bahan:
- 1 tin susu sejat
- ½ tin susu pekat manis
- 5 biji telur
- 12 keping biskut (nak lebih lembut boleh kurangkan)
- Sedikit esen vanilla
- 3 sudu gula pasir
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, cairkan gula dalam kuali sampai keperangan. Masukkan 2 sudu air, kacau sampai sebati. Tuang ke dalam acuan dan ketepikan.
2. Kemudian, masukkan semua bahan (susu sejat, susu pekat, telur, biskut, vanilla) ke dalam blender. Kisar sampai halus.
3. Selepas itu, panaskan pengukus.
4. Seterusnya, tuang adunan ke dalam acuan berisi gula karamel tadi.

5. Setelah itu, kukus lebih kurang 45 minit.
6. Uji dengan lidi, jika keluar bersih, maksudnya dah masak.
7. Akhir sekali, biarkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!
Apabila nak keluarkan puding daripad acuan, pastikan keluarkan semasa masih panas. Jika sejuk, gula karamel boleh melekat dan susah nak dikeluarkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Erin Ismail
Baca juga: Puding Karamel Tanpa Kukus & Tak Perlu Guna Telur, Lembut & Gebu Kejadiannya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














