puding karamel tanpa kukus

Jika suka pencuci mulut yang lembut, manis dan sejuk menyegarkan, resipi Puding Karamel tanpa kukus ini wajib dicuba. Tambahan pula, ia tak menggunakan telur sekalipun.

Walaupun tanpa telur, Puding Karamel ini tetap gebu dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi, ia mudah disediakan dengan hanya memasaknya atas dapur dan terus masuk dalam peti sejuk.

Kami mengucapkan terima kasih atas perkongsian menarik oleh Nordiana Ab Kadil untuk resipi Puding Karamel tanpa kukus dan telur di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Roti Karamel Tanpa Susu Cair, Sekali Suap Terus Rasa Nikmat

RESIPI PUDING KARAMEL TANPA KUKUS & TELUR

puding karamel tanpa kukus

Bahan-bahan puding:

  • 1 paket serbuk agar-agar jernih
  • 4 cawan air
  • 1 susu tin cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 3 sudu makan tepung kastard
  • Sedikit esen vanilla

Bahan karamel:

  • 3 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan gula ke dalam kuali dengan api kecil. Biarkan cair dan bertukar warna keperangan. Tutup api dan tambah air perlahan-lahan, kemudian kacau sebati dan tuang ke dalam loyang.

2. Kemudian, campurkan semua bahan puding ke dalam periuk. Kacau sebati sebelum hidupkan api besar. Masak sampai betul-betul mendidih dan pekat.

3. Apabila puding sudah suam, tuangkan ke dalam loyang berisi karamel tadi. Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 2 hingga 3 jam.

4. Akhir sekali, terbalikkan loyang atas pinggan besar dan potong mengikut kesukaan. Siap untuk dinikmati!

Selamat mencuba!

Sumber: Nordiana Ab Kadil

Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN