
Batang saderi sering digunakan untuk memasak sup, salad atau jus. Cuma masalahnya, sayur ini cepat sangat layu dan lembik kalau salah cara simpan. Sayang kalau beli banyak, tapi tak sempat guna sebab dah rosak.
Sebenarnya, saderi boleh kekal segar untuk tempoh yang lama kalau tahu cara simpan yang betul. Rupanya tak susah pun, ada beberapa cara ringkas yang boleh kita cuba.
Dengan cara ini, batang saderi akan kekal segar dan rangup walaupun dah berhari-hari dalam peti sejuk. Jadi bila teringin nak masak sup atau buat jus, boleh terus ambil dari peti.
Baca juga: Tip Tanam Kesum Dalam Balang, Tak Sangka Tetap Boleh Hidup Subur & Merimbun!
CARA SIMPAN BATANG SADERI SUPAYA KEKAL SEGAR TAHAN LAMA

1. Balut Dengan Aluminium Foil
Cara paling popular dan berkesan. Cuci bersih batang saderi, keringkan, kemudian balut rapat dengan aluminium foil. Simpan dalam bahagian chiller peti sejuk. Cara ini bantu keluarkan gas semula jadi dari saderi tanpa buat ia cepat rosak.
2. Rendam Dalam Bekas Berisi Air
Potong batang saderi ikut saiz yang sesuai, masukkan dalam bekas berisi air dan tutup rapat. Simpan dalam peti sejuk. Cara ini buat saderi kekal rangup lebih lama. Tapi pastikan tukar air setiap 2 hingga 3 hari untuk elak berbau.
3. Simpan Dalam Bekas Bertutup
Kalau nak cara paling ringkas, boleh juga potong batang saderi, masukkan ke dalam bekas bertutup kedap udara. Untuk lebih segar, lapik dasar bekas dengan tisu dapur supaya serap kelembapan berlebihan.
Tip tambahan:
- Jangan simpan saderi dalam plastik biasa kerana ia mudah perangkap gas dan cepat buat sayur rosak.
- Elakkan letak saderi dekat dengan buah epal atau pisang, sebab buah ini keluarkan gas etilena yang percepatkan proses layu.
- Kalau dah lembik, boleh rendam sekejap dalam air ais untuk pulihkan kerangupannya.
Sumber: Martha Stewart
Baca juga: Cara Simpan Bawang Kupas Dengan Betul, Kekal Segar & Tak Lembik Walau Simpan Lama
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














