rendang telur rebus

Sudah biasa dengar rendang ayam dan daging, tapi ada satu lagi versi rendang yang tak kalah sedapnya iaitu Rendang Telur Rebus. Tak perlu tunggu raya, boleh makan bila-bila masa.

Resipi Rendang Telur Rebus ini dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaakob di Facebook. Gaya  memasaknya memang santai, tapi hasilnya dijamin padu. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Rebus Telur Cantik, Berkilat & Tak Pecah, Tips Simple Tapi Menjadi!

RESIPI RENDANG TELUR REBUS

rendang telur rebus

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Cili kering (kisar)
  • Bawang merah (kisar)
  • Bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Serai (kisar)
  • Lengkuas (kisar)
  • Kunyit hidup (kisar)
  • Kerisik
  • Santan pekat
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun kunyit (dihiris halus)
  • Daun limau purut (dihiris halus)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus telur sampai masak, kopek kulit dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar (cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit) sampai pecah minyak.

3. Masukkan kerisik dan santan, kemudian kacau rata dan biarkan mendidih.

4. Apabila kuah mula pekat, masukkan telur rebus, garam dan gula.

5. Seterusnya, masak sampai kuah pekat seperti rendang basah.

6. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Siap untuk dihidang!

Walaupun cara memasaknya ringkas, tapi aromanya tetap menggoda. Bau wangi serai, daun kunyit dan daun limau purut yang mesra dengan santan pekat buat dapur harum semerbak.

Selamat mencuba!

Sumber: Zaid Azizy Yaakob

Baca juga: Telur Rebus Masak Kari Paling Beraroma, Punyalah Sedap Sampai Menjilat Jari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN