cara rebus telur cantik

Pernah tak semasa rebus telur, ada saja telur yang pecah, kulit melekat atau hasilnya tak cantik. Sebenarnya, ada cara rebus telur cantik dengan kulitnya mudah dikupas yang tak ramai tahu.

Ramai masih gagal dapatkan telur rebus yang sempurna, jadi kami kongsikan cara daripada Mss Ieda di Facebook dengan rahsia supaya telur nampak berkilat, elok dan tak pecah.

Baca juga: Tips Buat Telur Separuh Masak Yang Pasti Jadi, 7 Minit Siap!

CARA REBUS TELUR CANTIK, BERKILAT DAN TAK PECAH

Bahan-bahan:

  • Beberapa biji telur (ikut keperluan)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan cuka
  • Air secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan air dahulu sampai mendidih.

Jangan terus masuk telur waktu air masih suam. Tunggu betul-betul mendidih dulu, ini penting untuk elakkan telur retak.

2. Masukkan sedikit garam dan sesudu cuka ke dalam air rebusan.

Garam membantu mengukuhkan kulit telur, manakala cuka berfungsi melicinkan permukaan dan memudahkan proses kupas nanti.

3. Perlahankan api, kemudian baru masukkan telur perlahan-lahan.

Gunakan sudu kalau takut telur terhentak. Kacau perlahan sedikit, ini membantu kuning telur duduk di tengah-tengah dengan elok.

4. Tutup periuk dan rebus guna api kecil sahaja.

Ini antara tips utama yang ramai terlepas pandang. Api besar boleh buat telur pecah dan tekstur jadi kasar. Biarkan selama 15 minit.

5. Selepas itu, matikan api dan biarkan seketika.

Jangan terus keluarkan telur. Tunggu sekejap supaya haba meresap rata dan telur betul-betul masak.

6. Buang air panas, dan lalukan telur di bawah air sejuk.

Ini akan hentikan proses memasak serta memudahkan anda kupas nanti. Nak elok lagi, rendamkan seketika dalam air sejuk.

7. Kupas telur perlahan-lahan.

Kulit akan tertanggal dengan mudah tanpa perlu dikopek kuat-kuat dan tak perlu guna minyak pun.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mss Ieda

Baca juga: 5 Tips Kupas Telur Rebus Yang Cantik, Isi Tak Melekat Pada Kulit

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN