resepi kuih lapis thai

Setiap kali dapat makan kuih lapis, terasa puas apabila lapisannya sekata, lembut dan kenyal. Baru-baru ini, kami terjumpa resepi Kuih Lapis Thai yang hasilnya sangat cantik.

Kuih Lapis Thai tak jauh beza dengan kuih lapis biasa, tapi gabungan tepung ubi, beras dan tepung Thai jadikan teksturnya lebih elastik dan tak mudah patah bila dipotong.

Resepi Kuih Lapis Thai oleh Farida Eida ini mendatangkan hasil yang sedap mata memandang dan ramai tergoda melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Kuih Lapis Pelangi Terang-Benderang, Ikut Langkah-Langkah Ini, Baru Jadi!

RESEPI KUIH LAPIS THAI

resepi kuih lapis thai

Bahan-bahan:

  • 350g tepung ubi
  • 50g tepung Thai
  • 50g tepung beras
  • Sedikit garam
  • 420g gula
  • 750ml santan
  • 220ml air pandan
  • 220ml air biasa

Bahan untuk air pandan (kisar dan tapis, ambil 220ml saja):

Cara-cara membuat:

1. Masukkan gula ke dalam sebahagian santan (dalam anggaran 250–300ml). Masak atas api perlahan sampai gula larut sepenuhnya. Tutup api dan biarkan sejuk.

2. Satukan semua tepung (ubi, Thai dan beras) dalam satu bekas besar. Masukkan garam secubit dan tambahkan baki santan (yang tak dimasak tadi). Kacau atau uli seketika sampai sebati.

3. Setelah campuran santan + gula tadi sejuk, masukkan ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan pastikan adunan tak bergentel.

4. Bahagi kepada dua bahagian:

  • Satu bahagian dicampur jus pandan (untuk lapisan hijau).
  • Satu bahagian dicampur air biasa 220ml (untuk lapisan putih).

5. Proses kukus:

  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  2. Tuang satu senduk adunan hijau, kukus selama 4 minit.
  3. Seterusnya, lapis dengan adunan putih, dan kukus lagi 4 minit.
  4. Ulang proses berselang-seli warna sampai habis.
  5. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 15 minit agar kuih masak sepenuhnya.

6. Biarkan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong supaya lapisannya tak melekat. Untuk hasil lebih cantik, boleh sapukan sedikit minyak di pisau sebelum potong.

Selamat mencuba!

Sumber: Farida Eida

Baca juga: Kuih Lapis Pelangi Warna Warni, Sesuai Buat Hidangan Minum Petang Satu Keluarga

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN