bihun soto sedap

Siapa yang tak suka Bihun Soto, bukan? Lebih-lebih lagi jika dapat makan sewaktu hujan, memang sedapnya lain macam. Nak buat Bihun Soto sedap di rumah, bolehlah ikut resipi ini.

Cik Puan Jue telah kongsikan cara buat Bihun Soto sedap di Facebook yang merupakan antara koleksi masakannya untuk mereka yang nak cuba sendiri di rumah.

Baca juga: Bihun Bakso Simple Buat Sendiri, Sedapnya Macam Dekat Tanah Seberang!

RESIPI BIHUN SOTO SEDAP

bihun soto sedap

Bahan-bahan kuah:

  • 1 ekor ayam (dipotong 4 bahagian)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar (tambah jika suka)
  • Rempah kasar 4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
  • 1 sudu besar serbuk sup (ikut tahap kepekatan yang diingini)
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam dan sedikit gula (secukup rasa)
  • Air secukupnya

*Tips: Jika nak kuah lebih pekat dan padu, boleh lebihkan serbuk ketumbar dan serbuk sup ikut citarasa.

Bahan kisar:

Bahan pelengkap:

  • Bihun (celur sampai lembut)
  • Taugeh (digoreng tanpa minyak)
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng (tabur atas soto)
  • Begedil ayam (ikut citarasa)
  • Kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditabur atas soto)

Cara-cara menyediakan kuah:

1. Tumis bahan kisar dan rempah penumis dalam sedikit minyak sampai naik bau wangi dan garing sedikit.

2. Masukkan semua serbuk rempah (jintan manis, jintan putih, lada putih, ketumbar dan serbuk sup). Tumis seketika.

3. Tambahkan air dan biarkan kuah mendidih. Masukkan kiub ayam, garam, gula, dan batang serai.

4. Setelah kuah mendidih, masukkan ayam dan biarkan sampai masak sepenuhnya.

5. Keluarkan ayam, kemudian goreng ayam hingga kekuningan. Apabila sudah sejuk, carik halus dan ketepikan sebagai topping.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Jue

Baca juga: Resepi Bihun Soto Beraroma, Kuah Punyalah Sedap Sampai Esok Teringat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN