
Selama ini sudah sering masak dalam versi biasa, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba resepi Ayam Goreng Ketumbar pula. Setelah mencubanya sekali, pasti teringin lagi nanti.
Cara masak Ayam Goreng Ketumbar sama saja seperti ayam goreng biasa, cuma ia dimasak menggunakan rempah ketumbar sebagai bahan utama perapannya.
Kami tertarik dengan perkongsian Farah_Hanani_Azalan di Lemon8 tentang resepi Ayam Goreng Ketumbar yang sangat memikat selera. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Goreng Berempah Mudah, Serdak Meriah Sampai Sedap Meratah
RESEPI AYAM GORENG KETUMBAR

Bahan-bahan:
- 1 cawan biji ketumbar
- Ayam
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu makan tepung beras
- Garam
- Serbuk perasa
Bahan-bahan kisar:
- ½ biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- ½ cawan air
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumbuk kasar biji ketumbar.
2. Kemudian, satukan ayam, tepung jagung, tepung beras, garam, serbuk perasa, biji ketumbar yang telah ditumbuk kasar dan bahan kisar dalam bekas.
3. Selepas itu, gaul sebati dan perap selama 30 minit.
4. Seterusnya, panaskan minyak masak.
5. Akhir sekali, goreng sampai ayam masak dan garing, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Aromanya yang harum dan kaya dengan rempah membuatkan Ayam Goreng Ketumbar disukai ramai. Selain itu, isi ayam yang lembut bersama bahagian luar yang garing boleh buat selera terangkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Farah_Hanani_Azalan
Baca juga: Ayam Goreng Pandan Wangi Semerbak, Sampai Jiran Sebelah Boleh Bau
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














